Search
  • Syibli

Ramai tidak akan percaya 22 foto ini diambil di pakistan

Updated: Feb 15, 2019

Bila sebut tentang pakistan, ramai akan terbayang nilai 3 dengan karpet. Tetapi semua tanggapan tersebut salah sama sekali apabila kami mengembara ke sana. Tiada karpet yang dijual secara besar besaran di Pakistan. Yang ada sebenarnya adalah sebuah kawasan yang masih terpelihara dari pembangunan dan lebih cantik dari New Zealand. Tengok setiap gambar ini dan baca caption, pasti akan rasa teruja dengan pengalaman kami di sana


Ok layan video kami dulu, sebelum layan foto-foto ini :


Dah tengok sampai habis video kami, ok silakan menjamu mata dengan gambar-gambar ini





Waktu berhenti toilet di Karakoram Highway, sepanjang perjalanan pun tersangat lah cantik. Berhenti toilet break pun pemandangan cantik. Susah nak tidur dalam perjalan sebab tangan tak berhenti henti mengambil foto keindahan alam ciptaan Allah ini.

Oh ya, tahu tak nama tumbuhan ini, nampak sungguh familiar, jumpa tumbuh meliar tepi pondok polis ketika perjalanan di karakoram highway

Pergi ke pakistan tapi tak lalu karakorum Highway maknanya kita masih belum pergi Pakistan. Perjalanan di Karakorum Highway sendiri adalah pengalaman luarbiasa. Highway ini sejauh 900 km dan 800 nyawa telah hilang ketika pembinaan highway ini. Maknanya setiap 1 km lebih bersamaan 1 nyawa yang terkorban. Percayalah setiap km kita berada di karakorum highway ini tidak membosan kan dengan landskap pergunungan yang sentiasa berubah dan lori-lori yang penuh warna warni silih berganti menemani perjalanan luar biasa ini



Anak-anak kecil di Hunza, orang di hunza ini memang unik muka mereka tak sama dengan orang pakistan lain. Mereka di katakan warisan dari tentera Alexender the great dan salah satu kawasan penting di laluan sutera, orang di sini dah banyak mixed marriage dari pelbagai bangsa memberikan wajah unik dan cantik

Ketika kami di sini memang boleh lihat ramai warga emas yang masih sihat dan cergas. Mereka terkenal dengan umur yang panjang, melebihi 100 tahun, jarang sakit dan kanser adalah penyakit yang tidak wujud di sini.


Pakcik paling famous di Hunza

Mungkin macam ini juga rupa pakcik tu ketika muda. Memang rupa orang di sini hensem dan cantik, mungkin akan ada yang akan terjumpa jodoh di sini ?


Cuba teka umur makcik ni berapa

Ini sampan besar yang kami naik di Tasik Attabad. Menariknya tasik attabad ini baru berumur 8 tahun dan terbentuk dari tanah runtuh atau lebih tepat gunung yang runtuh membentuk sebuah tasik sejauh 20 km dan menutup laluan karakoram. Sehingga tahun lepas semua kenderaan perlu menaiki bot ini untuk merentasi tasik attabad. Waktu kami pergi laluan baru dah dibuka dan tasik ini pun sudah di kecil kan kepada 3 km sahaja. Tetapi pengalaman naik sampan klassik ini bertemankan gunung ganang adalah sangat sangat Rare dan cantik

Enjoying the attabad lake, cantik yang teramat


Antara pengalaman rare kami di sana, menyeberangi jambatan hussaini, bayangkan bagi orang2 di sini jambatan ini adalah laluan utama mereka untuk ke kebun. Yang gayat janganlah cuba cuba nak seberang, group kami sebahagian besar rasa pengalaman menyeberangi jambatan ini. Memang sengaja di buat jambatan berlubang lubang untuk mengelakkan jambatan bergoyang teruk ketika angin kencang

Belanja gambar makan sikit, makan di sana memang sedap tapi kene bersabar sikit sebab semua masakan hanya di masak bila ada yang order. Bayangkan di salah satu kedai yang kami makan, kami order kari ayam, waktu itu lah baru dia sembelih ayam untuk masak untuk kami. Memang Rare

Sebahagian destinasi kita, tak boleh naik coaster, kita akan menaiki jeep macam ini. Enjoy gila

Ini kenderaan kita, coaster selesa untuk 20 orang, beg pula di letakkan di atas coaster. Hati-hati di pakistan beg anda mudah beranak pinak dan bercucu.

Pejam mata ambil gambar pun cantik

Wajib ambil gambar dengan baju raya bila travel dengan Rarecation

Cantik sangat, dah tak tahu nak cakap apa dah

Ada banyak lagi nak ceritakan tentang Pakistan ni di bahagian Utara yang jarang orang lawati. Biasalah kalau cerita Pakistan sahaja semua fikri pasal Karpet, Nilai 3 dan persepsi bahawa Pakistan sebuah negara yang tak selamat. Yang lain tu macam tak wujud pulak.


Yang dah jatuh cinta dengan gambar gambar ini dan nak rasa pengalaman yang sama, jom pergi dengan kami lagi.


Tetapi peringatan. trip ini bukan untuk orang yang suka spend banyak masa di hotel 4-5 bintang, di pakistan budget hotel kita lebih cantik dari "so called" hotel 3-4 bintang di sini. Tapi pemandangan di tepi sungai, tepi tasik, tepi gunung mengalahkan kemewahan hotel 6 bintang sekali pun.


Jangan risau juga, kita bukan macam bas pelancongan biasa yang tidak boleh berhenti, kita boleh berhenti di mana-mana sahaja yang cantik dan yang kita nak, selagi mana masa membenarkan.

.

Lebih menariknya, pelaburannya sangat sangatlah berbaloi dan pakej dah SIAP DENGAN FLIGHT TAU. Kalau tak masuk flight saja nak pergi jumpa kita di airport sana pun boleh. Nak extend stay pun boleh

.

JOM kalau minat nak tahu detail whatsap terus

+60 10 667 2731

+60 10 667 2731

+60 10 667 2731

.

Berani? Jangan takut-takut

Takut? Jangan berani-berani

.


5,259 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf