Search
  • akmalalamshah

PAKAIAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA BERADA DI MUSIM SEJUK


Di Rarecation, ramai yang bertanya apa yang patut di bawa semasa apa yang tak perlu semasa di sana. Untuk pemakaian, kami kongsikan panduan pemakaian seperti di bawah. Perlu di ingat ini adalah panduan sahaja, tiada paksaan atau kewajipan untuk mengikut panduan yang diberikan. Yang penting ketika travel kita berada di dalam keadaan yang selesa. Meh kita usha ape yang penting dan jangan lupa untuk share yer.



PAKAIAN

Sebaiknya jangan bawa pakaian yang terlalu tebal, tetapi bawa pakaian yang berlapis lapis. Di nasihatkan juga untuk tidak membawa pakaian untuk keseluruhan hari perjalanan. Cukup membawa persalinan untuk 4 -5 hari perjalanan kerana kebanyakkan penginapan kita mempunyai Laundry. Jadi kita pun tidak perlu membawa beg yang terlalu besar ketika travel.



LAPISAN PERTAMA

Orang malaysia biasa panggil LONG JOHN, tapi istilah nih sebenarnya tak berapa tepat. Lebih tepat THERMAL BASE LAYER Baju yang agak sendat dipakai tapi penting untuk mengekalkan suhu badan. Ada seluar dan baju. Wajib pakai.


LAPISAN KEDUA

Simple shirt yang kita biasa pakai. Jangan risau warna sebab kebanyakkan masa lapisan kedua ni ditutup dengan jaket.


LAPISAN KETIGA

Lapisan ketiga adalah sweater / sweatshirt yang selesa.


LAPISAN KEEMPAT

Winter Jacket, tetapi ambil yang mempunyai fungsi windbreaker. Winter windbreaker jacket. Macam mana nak tahu ianya windbreaker atau tidak, biasanya windbreaker ada lapisan polyester. Sebaiknya jangan ambil yang tebal-tebal sangat.



SELUAR

jangan lupa Thermal base layer untuk kaki dan di luar cari "winter pants". Biasa seluarnya macam kargo pants tapi dalamnya ada wool. Sangat selesa di pakai waktu musim sejuk dan jangan lupa cari yang kalis air juga, Jadi bila kita main salji, kaki tak basah.


KASUT

Sama juga, cari kasut yang KALIS AIR lagi lagi bila kita nak main salji. Biasa kasut kulit atau kasut sintetik. Kalau stokin cukup tebal dan selesa kasut kulit dan sintetik biasa dah mencukupi.


SELIPAR

Untuk kegunaan di dalam rumah.


STOKIN

Wool socks wajib pakai. Sangat penting untuk memastikan kaki kita sentiasa panas.



SARUNG TANGAN

Cari yang diperbuat dari kulit atau sintetik leather, sama juga yang penting kalis air. Boleh juga jika nak cari yang ada fungsi touch screen. Cuma, bila dah sejuk beku, kebanyakkan nya sarung tangan touch screen tu tak berfungsi dengan baik. . Jika perlu guna handphone masa pakai sarung tangan, guna sahaja "TOUCH PEN" , ada dijual di daiso RM5.90 sahaja satu.


SNOW CAP / MUFFLER

Ini bagi lelaki untuk menutup kepala & telinga supaya tidak terkena frost bite. Muffler pula untuk menutup leher dan adakalanya menutup muka di waktu waktu angin yang kuat


TUALA

Digalakkan untuk membawa tuala sendiri. Jangan bawa tuala yang tebal tetapi bawa tuala Microfiber towerl yang nipis dan berkesan menyerap air. Penginapan kita ada menyediakan tuala namun adakalanya mereka tidak menyediakan tuala yang mencukupi atau lewat menghantar tuala. Jadi membawa tuala sendiri banyak memudahkan urusan kita.



BAJU RAYA

Seperti mana tradisi Rarecation, memang biasanya 1 hari kita akan mengambil foto dengan baju raya kita. Waktu inilah nak merasa macam beraya di perantauan kan. Jangan risau biasanya baju raya pakai sekejap sahaja untuk bergambar. Bukan seharian perjalanan kita akan berbaju raya.


Ini hanya merupakan antara langkah awal yang boleh diambil semasa berada di musim sejuk. Sekian saja panduan dari kami hanya di Rarecation, anda ada panduan lain? Kongsikan kepada kami!


416 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf