Search
  • akmalalamshah

Menjejaki keindahan laluan sutera tempat kelahiran dan persemadian Imam Al Bukhari

Uzbekistan adalah destinasi terbaik dibawa khas oleh Rarecation untuk kita kembali ke zaman kegemilangan para pengembara laluan sutera. Berdiri di kota kuno Bukhara, pejamkan mata dan rasakan diri kita di bawa ke masa silam di mana ribuan perdagang datang bersama unta dan barang dagangan di sini. Di kiri kanan kita masih tersegam bangunan dan masjid yang utuh terbina ratusan tahun yang lalu.



Di sini kami kongsikan antara DESTINASI TERBAIK untuk kita lawati di Kazakhstan & Uzbekistan dalam nasa 11 HARI SAHAJA. Jum follow kami!


KUALA LUMPUR - ALMATY, KAZAKHSTAN



Perjalanan pengembaraan kita untuk dua negara-negara ‘Tan’ bermula dari KLIA dikala mentari tinggi segalah menuju ke Kazakhstan dengan persinggahan di ibu kota lama era Kesatuan Soviet, Almaty.


ALMATY


Perhentian selama 3 hari membolehkan kita meneroka tanah tinggi pergunungan Kazakhstan. Bermula dengan Medeo, kita akan menuju ke Shymbulak yang berada diketinggian lebih 7,000 kaki dari aras laut dan merupakan resort ski terbesar di benua Asia Tengah.


ALMATY - TASHKENT


Seusai sarapan pagi, kta akan menuju ke lapangan terbang antarabangsa Almaty bagi meneruskan perjalanan ke Uzbekistan. Penerbangan pada waktu tengahhari dan dijangka sampai sekitar tengahhari di Tashkent.


TASHKENT - BUKHARA


Selepas sarapan awal pagi, kita akan ke stesen keretapi Tashkent untuk menaiki keretapi laju “Afrosiab” buatan Sepanyol, berkelajuan maksima 250km/j akan membawa kita ke Bukhara dalam masa sekitar 2 jam setengah. Kita akan sampai sekitar pukul 11.30pagi dan akan terus ke hotel untuk penyimpanan bagasi.


BUKHARA


Kita akan memulakan lawatan ke kawasan luar Kota Bukhara dengan menaiki bas, melihat tinggalan istana, yang mana istana ini adalah saksi zaman kegemilangan dan kejatuhan Amir Bukhara.


BUKHARA - SAMARKAND


Pagi itu selepas sarapan, kita akan bertolak ke Kota Samarkand dengan menaiki bas. Samarkand terletak kira-kira 270km timur dari Bukhara. Dalam perjalanan kita akan melawat makam Imam Bukhari yang meninggal di luar kota Samarkand akibat diusir dari kota Bukhara oleh pemerintah ketika itu.


SAMARKAND


Meneroka kota Samarkand, salah satu kota di laluan sutera yang terkenal di Uzbekistan selain Bukhara dan Kiva. Ia adalah salah satu kota yang tertua yang terus didiami di benua Asia Tengah. Samarkand telah melalui pelbagai penjajahan dari Iskandar Zulkarnain, waktu itu Samarkand dikenali sebagai Marakanda ke Genghis Khan, kemudian pemberontakan dari pahlawan Uzbekistan sendiri, Tamerlane ke penjajahan Soviet Union hingga ke kemerdekan dari kesatuan Soviet pada 1991.


SAMARKAND - TASHKENT


Hari ini, selepas sarapan pagi, kita akan bertolak pulang ke Tashkent dengan menaiki bas. Jarak perjalanan adalah sekitar 300km dan mengambil masa sekitar 6 - 7 jam. Kita akan sampai ke Tashkent pada awal petang dan terus check in hotel untuk berehat.​


TASHKENT


Pagi selepas sarapan, kita akan meneroka Tashkent secara santai. Kita juga ada masa untuk menambah koleksi cenderahati untuk keluarga dan rakan taulan serta barangan peribadi untuk diri sendiri. Malam akan diadakan makan malam terakhir kita di Uzbekistan serta sesi perkongsian tentang pengembaraan yang telah dilalui selama sepuluh hari yang lepas.


TASHKENT - KUALA LUMPUR


Pagi yang santai untuk kita bersiar-siar disekitar penginapan sebelum kita check out dan menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.


KUALA LUMPUR


InsyaAllah kembali sudah semula kita di Tanah Air. Pastinya pengalaman pengembaraan yang tidak di buat orang ini akan memberikan satu pengalaman kembara yang di rindui. Jangan risau foto foto kembara anda semua akan kita kongsikan di dalam website kami juga diberikan softcopy kepada semua yang mengikuti kami.


Untuk tahun ini, kita akan pergi akan bertolak pada 10/09 - 20/09/2019.

Jangan lepaskan peluang ini bersama kami hanya di Rarecation!

Untuk makluman lanjut klik disini https://www.rarecation.com/pakejkazakhstan

52 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf