Search
  • akmalalamshah

Mengembara kezaman kegemilangan islam lampau, KAZAKHSTAN & UZBEKISTAN


Uzbekistan adalah destinasi terbaik dibawa khas oleh Rarecation untuk kita kembali ke zaman kegemilangan para pengembara laluan sutera. Berdiri di kota kuno Bukhara, pejamkan mata dan rasakan diri kita di bawa ke masa silam di mana ribuan perdagang datang bersama unta dan barang dagangan di sini. Di kiri kanan kita masih tersegam bangunan dan masjid yang utuh terbina ratusan tahun yang lalu.

Di sini kami kongsikan antara DESTINASI TERBAIK untuk kita lawati di Kazakhstan & Uzbekistan dalam nasa 11 HARI SAHAJA. Jum follow kami!



KUALA LUMPUR - ALMATY, KAZAKHSTAN


Perjalanan pengembaraan kita untuk dua negara-negara ‘Tan’ bermula dari KLIA dikala mentari tinggi segalah menuju ke Kazakhstan dengan persinggahan di ibu kota lama era Kesatuan Soviet, Almaty. Negara ‘Tan’ terbesar ini adalah yang terakhir merdeka dari USSR pada 1991 dan merupakan kuasa ekonomi terbesar di Asia Tengah.


Tanpa memerlukan visa, kita akan menjejak kaki di negera kesembilan terbesar di dunia ini sekitar lewat petang dan terus menuju ke hotel untuk berehat selepas terbang hampir 6,000 km dan makan malam serta taaruf di restoran sekitar penginapan.


ALMATY

Perhentian selama 3 hari membolehkan kita meneroka tanah tinggi pergunungan Kazakhstan. Bermula dengan Medeo, kita akan menuju ke Shymbulak yang berada diketinggian lebih 7,000 kaki dari aras laut dan merupakan resort ski terbesar di benua Asia Tengah.


Walaupun tidak bersalji pada musim panas, cuacanya adalah sederhana dan sangat selesa. Destinasi terakhir adalah Kok Tobe untuk kita menikmati pemandangan pergunungan yang sangat cantik dan menawan.

ALMATY - TASHKENT

Seusai sarapan pagi, kta akan menuju ke lapangan terbang antarabangsa Almaty bagi meneruskan perjalanan ke Uzbekistan. Penerbangan pada waktu tengahhari dan dijangka sampai sekitar tengahhari di Tashkent. Kita akan terus ke hotel untuk check in dan berehat. Petang ini adalah waktu santai dan bebas untuk samada mahu berehat ataupun meneroka sekitar penginapan untuk melihat budaya dan gaya hidup Uzbekistan. Malam berehat awal kerana kita akan mula pengembaraan diawal pagi ke Bukhara.

TASHKENT - BUKHARA

Selepas sarapan awal pagi, kita akan ke stesen keretapi Tashkent untuk menaiki keretapi laju “Afrosiab” buatan Sepanyol, berkelajuan maksima 250km/j akan membawa kita ke Bukhara dalam masa sekitar 2 jam setengah. Kita akan sampai sekitar pukul 11.30pagi dan akan terus ke hotel untuk penyimpanan bagasi. Kemudian kita akan terus meneroka Bukhara, kota kelahiran Imam Abu Abdullah Muhammad bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Imam Bukhari, penulis hadis2 sahih Bukhari dan juga guru kepada Imam Muslim, penulis sahih Muslim. Kedua-dua kitab ini merupakan sumber rujukan terbesar mengenai hadis-hadis sahih untuk umat islam diseluruh dunia hari ini.

BUKHARA

Kita akan memulakan lawatan ke kawasan luar Kota Bukhara dengan menaiki bas, melihat tinggalan istana, yang mana istana ini adalah saksi zaman kegemilangan dan kejatuhan Amir Bukhara. Kita juga akan melihat beberapa lagi tinggalan sejarah kegemilangan Islam pada masa dahulu yang boleh kita jadikan pedoman dan mengambil iktibar kejatuhan Islam semoga dapat menjadi panduan hidup kita. Kita akan pulang semula ke Bukhara pada waktu petang dan kesempatan ini boleh kita gunakan untuk membeli cenderahati buat keluarga di Malaysia.

BUKHARA - SAMARKAND

Pagi itu selepas sarapan, kita akan bertolak ke Kota Samarkand dengan menaiki bas. Samarkand terletak kira-kira 270km timur dari Bukhara. Dalam perjalanan kita akan melawat makam Imam Bukhari yang meninggal di luar kota Samarkand akibat diusir dari kota Bukhara oleh pemerintah ketika itu. Kita akan sampai sekitar awal petang dan terus ke hotel untuk check in dan berehat selepas setengah hari di dalam bas.

SAMARKAND

Meneroka kota Samarkand, salah satu kota di laluan sutera yang terkenal di Uzbekistan selain Bukhara dan Kiva. Ia adalah salah satu kota yang tertua yang terus didiami di benua Asia Tengah. Samarkand telah melalui pelbagai penjajahan dari Iskandar Zulkarnain, waktu itu Samarkand dikenali sebagai Marakanda ke Genghis Khan, kemudian pemberontakan dari pahlawan Uzbekistan sendiri, Tamerlane ke penjajahan Soviet Union hingga ke kemerdekan dari kesatuan Soviet pada 1991.

SAMARKAND - TASHKENT

Hari ini, selepas sarapan pagi, kita akan bertolak pulang ke Tashkent dengan menaiki bas. Jarak perjalanan adalah sekitar 300km dan mengambil masa sekitar 6 - 7 jam. Kita akan sampai ke Tashkent pada awal petang dan terus check in hotel untuk berehat.​

TASHKENT

Pagi selepas sarapan, kita akan meneroka Tashkent secara santai. Kita juga ada masa untuk menambah koleksi cenderahati untuk keluarga dan rakan taulan serta barangan peribadi untuk diri sendiri. Malam akan diadakan makan malam terakhir kita di Uzbekistan serta sesi perkongsian tentang pengembaraan yang telah dilalui selama sepuluh hari yang lepas.

TASHKENT - KUALA LUMPUR

Pagi yang santai untuk kita bersiar-siar disekitar penginapan sebelum kita check out dan menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

KUALA LUMPUR

InsyaAllah kembali sudah semula kita di Tanah Air. Pastinya pengalaman pengembaraan yang tidak di buat orang ini akan memberikan satu pengalaman kembara yang di rindui. Jangan risau foto foto kembara anda semua akan kita kongsikan di dalam website kami juga diberikan softcopy kepada semua yang mengikuti kami.

Untuk tahun ini, kita akan pergi akan bertolak pada 10/09 - 20/09/2019.

Jangan lepaskan peluang ini bersama kami hanya di Rarecation!

Untuk makluman lanjut klik disini https://www.rarecation.com/pakejkazakhstan

17 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf