Search
  • akmalalamshah

Menelusuri Sejarah Mencari Ibrah di Baitulmaqdis


Sebenarnya ramai tak tahu bahawa di bumi Palestin masih terdapat kawasan yang aman dan cantik dengan bangunan-bangunan tinggi, jika tak percaya anda boleh scroll gambar-gambar di bawah. Tetapi kebanyakkan kawasan yang aman ini sudah ditakluk Israel, sebab itu mereka cantikkan untuk dijadikan tempat tinggal dan pentadbiran mereka. Di sini, kita juga akan mendalami banyak kisah kisah yang sangat menarik dan boleh dijadikan teladan.



Amacam ada bran ke?

Hari pertama, kita akan kumpulkan semua jemaah di aras 5 KLIA. 

​- group check in dan bagasi. - urusan tag bagasi - semua beg jemaah disusun di kaunter K13 


Kita akan berlepas ke Amman, Jordan dari KLIA.

AMMAN

Setibanya kita di Amman, kita akan mula melawat makam-makam pejuang Islam dimulai dengan makam Ashab Alkahfi, yang dalam bahasa melayu bermaksud orang-orang gua.

Di sini kita akan menggali lagi kisah sekumpulan belia yang melarikan diri dan bersembunyi di dalam gua untuk mempertahankan agama. Makam Nabi Shuib juga akan kita kunjungi, dapatlah kita tambah ilmu lagi berkaitan sejarah nabi-nabi kita.

Seterusnya kita akan pergi sehingga ke Laut Mati, laut ini airnya sangat masin sehinggakan anda boleh terapung, bukan terapung buat-buat, sememangnya air laut ini sendiri yang akan mengangkat anda ke atas paras air.


Kalau tak percaya nanti kita cubalah tekan badan ke dalam air ini, pasti sia-sia sahaja, airnya orang cakap macam tekstur slime. Dan untuk hari ini kita akan spend time bermalam di ibu kota Jordan ini setelah seharian berjalan.

Hari ini kita akan spend time bermalam di ibu kota Jordan ini setelah seharian berjalan. Kita akan manfaatkan masa dengan sesi taaruf bersama seluruh peserta. Ini adalah aktiviti wajib agar setiap peserta saling kenal mengenal.

Kita bermula dengan orang asing tetapi akan kembali ke tanah air sebagai sebuah keluarga!

JERICHO 


Hari ini kita akan bertolak ke Jericho dimana untuk ke sana kita akan transfer ke sempadan untuk masuk ke Jerusalam, almaklumlah sekarangkan Jerusalam sudah ditawan oleh Israel. Tapi semua itu tidak menghalang kita untuk memasuki kawasan ini, asalkan ada visa Israel dan bayar departure tax, teruk betul Israel ini, dah la jajah negara orang then kenakan tax pula, tapi tidak mengapa, itu semua kita akan uruskan untuk anda sebelum trip bermula. 


Di Jericho, kita akan kunjungi 3 makam pejuang Islam iaitu Makam Nabi Musa, Raba Adaweyah dan Salman alFarisi. Ada kisah menarik yang kita kena ambil tahu tentang cerita Nabi Musa dan pemudah bernama Salman AlFarisi ini.

Kisah mereka disebut-sebut dalam sejarah. Kita akan kongsikan apa yang belum pernah kita dengar dari kisah yang jarang diceritakan. Kena ikut trip ini kalau nak tahu apa ksiahnya.


Untuk rehatkan diri setelah penat berjalan, kita akan bermalam di Jerusalem selama empat malam berturut-turut. Pastinya sebelah malam ini kita akan adakan sesi sembang-sembang tentang sejarah. Siapa yang berminat nak tahu tentang al-quran dan sejarah, waktu inilah masa paling syok untuk kita semua duduk bersembang dan bercerita.


Mutawif anda sedia untuk lapangkan masanya bersama anda.

HEBRON – BETHLEHEM 


Hebron dan Bethlehem ini kalau nak tahu adalah dua bandar Palestin terbesar di bahagian selatan Tebing Barat. Disinilah kita akan melawat empat makam iaitu Makam Nabi Ibraham, Makam Nabi Ishak, Makam Siti Sarah dan Makam Isteri Nabi Ishak-Rifqah. 


Dalam perjalanan ke kawasan-kawasan ini kita dapat melihat kesan penjajahan Israel di Hebron. Kita dapat mempelajari penghancuran yang dilakukan oleh pasukan rejim Israel ini terhadap rumah dan sekatan jalan yang dibuat oleh mereka bagi menakluki kawasan besar ini. 

Sekatan yang diadakan juga bagi menghalang penduduk Palestin memasuki Jerusalem yang kini merupakan ibu kota Israel.


Selepas itu, kita akan menziarah tempat kelahiran Nabi Isa. Jika anda masih ingat kisah kelahiran Nabi Isa, Isa dilahirkan semasa ibunya Maryam beristirahat di sebuah pohon kurma. 


Ada cerita pokok yang kita kena belajar dari kisah ini di dalam al-quran. Trip ini akan memasukkan elemen pendidikan jiwa melalui kisah dari al-quran dan sejarah sebagai satu modul di sepanjang perjalanan kita di bumi Baitulmaqdis ini.


Pasti seronok belajar di luar kelas dengan al-quran dan sejarah sebagai guru yang akan mengajar kita maksud sebenar tujuan hidup seorang insan.

JERUSALEM 


Kita akan mulai hari kelima kita dengan bergerak ke Jerusalem, ibukota Israel. Disini kita dapat melihat tapak di mana Abraham cuba mengorbankan anaknya Ishak sebagai bukti keimanannya terhadap tuhan iaitu di Dome of the Rock. Kubah batu ini untuk pengetahuan merupakan salah satu karya seni tertua yang masih tertua dan kekal di dunia. 


Untuk menyambut hari Jumaat yang mulia ini, kita berpeluang menunaikan solat jumaat di Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat ketiga yang paling suci dalam Islam dan merupakan lokasi Nabi Muhammad S.A.W diangkut semasa perjalanan Israk dan Mikraaj. 

Dalam masjid ini bukan ada satu masjid sahaja tapi ada juga masjid lain yang akan kita lawati iaitu Masjid Omar ,Masjid Buraq dan Masjid Al-Qibli.

Masjid Al-Qibli ini dikenali juga dengan nama Al-Jami’ Al-Qibli, sebenarnya masjid ini lebih disebut sebagai Masjid Al-Aqsa tetapi kerana bangunannya terpisah dari Masjid Al-Aqsa, ianya diberi nama tersendiri yang bermaksud “sebelah selatan atau arah kiblat”.

Masjid ini memiliki banyak perubahan semenjak penubuhannya, salah satunya semasa penawanan tentara salib terhadap Baitulmaqdis, mereka membahagikan Masjid ini kepada tiga bahagian iaitu kantor komando pimpinan tentara salib, tempat tinggal pasukan berkuda dan gereja.

JAFFA 


Seterusnya akan kita terokai bandar Tel Aviv, bandar ini kalau nak digambarkan seperti bandar Kuala Lumpur di Malaysia yang padat dengan penduduk dan bangunan-bangunan pencakar langit. Namun bandar ini kekal cantik kerana sudah ditakluk oleh Israel dan kini menjadi pusat kewangan dan teknologi negara. 


Kita sambung perjalanan kita ke Selatan Jerusalem dan Makam Nabi Daud yang terletak di kawasan Bukit Zion. Jika berdasarkan sejarah, kisah Nabi Daud termasuklah peperangan melawan Jalut dan memiliki mukjizat mampu melunakkan besi hanya dengan menggunakan tangannya. Nama Nabi Daud juga ada disebut dalam Al-Quran iaitu sebanyak 16 kali. 


Nabi Daud dikenali dengan kehebatannya melembutkan besi dan menguasai Zabur. Apa itu Zabur?


Kena terus menggali di bumi Baitulmaqdis. Ingat ini bukan trip melancong biasa, ada perkongsian malam yang padat dengan pendidikan jiwa dan rohani.

JERUSALEM 


Untuk hari ini kita bagi peserta bergerak bebas , tapi tiada guide dan bas, jadi kalau anda nak berjalan, siap-siap la makan dan minum awal-awal, takut penat pula. Aktiviti yang anda boleh lakukan seperti bergambar, kunjungi restoran dan berjalan sekitar kota. Ikutlah kepada anda nak spend time dengan peserta lain atau pasangan macam mana. 


Kalau nak duduk dengan mutawif Rare, dipersilakan. Sememangnya sejarah dan kefahaman al-quran mesti kta seiringkan. Tujuan kita bagi free and easy adalah supaya jemaah semua dapat santai di sana tetapi masih boleh bersama mutawif untuk panduan dan perkongsian.

NAZARETH - AMMAN 


Anda mesti pernah dengar bahawa salah satu petanda Dajjal akan keluar adalah jika kering kontangnya sesebuah tasik dan tasik itu disebut-sebut adalah Tasik Galilie atau nama lainnya Tasik Tiberia di Israel di mana kita akan terokai lagi nanti sejarahnya di sana. 


Namun yang perlu kita tahu, tasik ini merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah tetapi adalah yang terendah di Bumi dan menduduki tempat kedua terendah di dunia selepas Laut Mati di Amman yang kita kunjungi pada hari kedua. 

Di bandar Nazareth ini juga akan kita kunjungi Makam Abu Ubaidah, siapa yang tidak tahu sahabat Nabi yang satu ini, Abu Ubaidah yang merupakan golongan pertama masuk Islam dan juga termasuk satu di antara sepuluh sahabat Nabi yang dijanjikan masuk syurga dari Rasulullah. 


Perjalanan kita seterusnya disambung ke Makam Nabi Yousha bin Noon yang terletak di atas sebuah bukit yang tingginya 1130 meter di atas permukaan laut dan dikenali sebagai Bukit Yousha. Selesai menziarah kawasan-kawasan pejuang Islam ini, akan kita berangkat ke Amman untuk bermalam di sana. 

AMMAN - PETRA 


Pada hari kesembilan ini, akan kita ziarah makam pejuang aqidah Islam paling terkenal iaitu Belal Bin Rabbah yang terletak di atas kawasan bukit menghadap kota Amman, Jordan.


Seterusnya kita akan melihat makam abang ipar kepada Belal pula iaitu Abd Alrahman Bin Auf. Baginda juga merupakan salah seorang daripada sepuluh sahabat Rasul S.A.W yang dijamin masuk syurga selain Abu Ubaidah, baginda dikebumikan di atas bukit ke utara-timur Amman. 

Alang-alang dah berada di Amman ini, kita akan berjalan menikmati panorama indah bandar ini yang terdapat banyak runtuhan dan bangunan kuno. Selepas itu akan kita lakukan lawatan Muta. Untuk mengakhiri hari kesembilan kita, kita akan bergerak ke Petra dan bermalam di sana. 

PETRA - AMMAN 


Pejam celik pejam celik, tak sangka sudah sepuluh hari kita berada di kota Palestin ini, walaupun kebanyakkan kawasan di negara Islam ini sudah ditawan oleh Zionis Israel tetapi muslim seluruh dunia tahu bahawa tiada negara yang bernama Israel!, semuanya tetap milik Palestin. 


Untuk hari ini kita akan melawat sepenuhnya bandar Petra iaitu sebuah bandar bersejarah dan arkeologi. Sudah puas mengelilingi bandar ini, kita akan berangkat balik semula ke Amman.




AMMAN – KUALA LUMPUR 


Di hari terakhir kita berada di sini, kami akan berikan aktiviti bebas untuk peserta sehingga waktu daftar keluar. Sesuai sangat kepada sesiapa yang tak sempat nak pergi ke kawasan yang anda ingin kunjung sebelum-sebelum ini. Selain itu, untuk aktiviti wajib lain kami juga akan bawa anda melawat pokok Sahabi, pokok inilah yang melindungi Rasulullah S.A.W semasa baginda berumur 12 tahun.


Pokok ini masih hidup dan segar sehingga hari ini kerana orang Islam percaya Allah S.W.T telah memelihara pokok ini untuk jangka masa yang sangat panjang dan merupakan satu-satunya pokok yang ada di dalam kawasan 100 kilometer persegi di kawasan padang pasir di utara Negara Jordan. 


Selepas itu kita akan makan malam bersama sebelum bertolak ke airport untuk penerbangan pulang ke tanah air tercinta. Jadi sebagai nasihat pakar, manfaatkanlah hari-hari terakhir ini dengan aktiviti yang anda teringin sangat nak buat, maklumlah mana nak dapat peluang lagi untuk menziarah ke negara yang memperjuangkan tanah airnya sejak berpuluh-puluh tahun ini. Sama-samalah kita sebagai sesama Islam mendoakan keamanan rakyat Palestin. 


Untuk mendapat maklumat lanjut sila hubungi kami melalui whatsapp/telegram/call talian 017-2267533 (Haji Saiful Nang), 019-2536474 (Ustaz Shauqi) atau hotline 013-3060 320/ 013-249 5462.


16 - 27 Okt 2019

12 HARI 9 MALAM Itinerari ini mungkin berubah untuk kebaikan semua. 

Umrah anda kebajikan kami.
34 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf