Search
  • akmalalamshah

Melancong memberi kebahagiaan dari kekayaan. Anda setuju?




Biasanya orang yang pergi melancong sudah semestinya ada wang yang secukupnya untuk mereka ber shopping ke kedai-kedai yang sudah pastinya mempunyai citarasa pilihan mereka. Yelah siapa yang tak suka shopping kan? Ramai orang rasa yang aktiviti shopping ni macam satu terapi untuk diri sendiri kalau rasa stress dan salah satu cara nak reward diri sendiri.


Tak kiralah perempuan, lelaki, tua atau muda, pasti ada yang pantang nampak jualan murah, mulalah rasa gatal nak shopping tu datang.



Oleh itu, kepuasan itu akan hilang dalam sekelip mata sahaja, jadi kami akan share kat anda bagaimana kajian menyatakan melancong buat anda lebih bahagia dari kekayaan.

Jum kita baca satu persatu.


Masalah utama adalah kita akan beli barang mengikut kemampuan kita, sebab itulah masalah itu hanya berlaku dalam beberapa hari sahaja. Lagipun seorang yang ingin mencari sesuatu kebahagiaan, perlulah pandai untuk menyesuaikan diri. Haa begitu..




Kajian dari psikologi, Profesor Thomas Gilovich salah satu cara penyelesaian adalah melancong dengan lebih banyak boleh buat anda lebih bahagia. Oleh itu, anda yang melancong akan mengalami peningkatan yang sama dalam kebahagiaan apabila kita membeli barang-barang apabila kita melancong tetapi perkara penting ialah walaupun kebahagiaan yang kita beli akan luput, pengalaman bahagia ini akan kekal selama-lamanya.


Mempelajari suatu yang baru, bahkan pengalaman yang memberi seribu makna dalam diri ketika melancong bersama keluarga dan rakan-rakan.



Segala kenangan akan menjadi sumber kegembiraan yang sebenar yang akan kekal bersama kita sampai bila-bila dan juga untuk seumur hidup anda!


Kita inginkan kebahagiaan atau kekayaan?


Pilihlah yang terbaik untuk anda.







0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf