Search
  • Qistina Khairudin

MALINDO AIR MENYAMBUNG SEMULA PENERBANGAN DOMESTIK WALHAL ADA SEKATAN PENERBANGAN

Malindo Air akan menyambung semula hampir kesemua penerbangan domestik di Malaysia dan berkuatkuasa pada 12 June kerana Kerajaan sedang beransur-ansur melonggarkan peraturan perjalanan dan penjarakkan sosial.


Jadual perjalanan penerbangan akan diaturkan semula dari Lapangan Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Kota Bharu, Penang, Alor Setar, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Langkawi. Perkhidmatan penerbangan dari Ipoh hingga Johor Bahru akan bersambung semula pada 12 June dengan 3 penerbangan Seminggu


Dalam pada masa yang sama penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Kuching dan langkawi juga disambung sepenuhnya juga. Malindo Air berkata masa untuk melancong pada tahun ini bermula pada masa 12 Jun nanti, jadi apa yang ditunggu lagi, tempah tiket untuk balik beraya ke kampung halaman anda dengan banyak tawaran menarik.



CEO Malindo Air, Capt Mushafiz bin Mustafa Bakri ada mengatakan " Malindo Air komited dengan mengeluarkan penerbangan kami dan servis kami untuk rakyat Malaysia yang memerlukan untuk merentas negeri. Pembukaan laluan penerbangan semakin menunjukkan progressif dengan permulaan pasaran domestik. Kami akan mengembalikan semula servis antarabangsa kami apabila rangkaian global udara semakin pulih dan tahap kesihatan semakin menunjukkan penambah baikkan serta peraturan sekatan melancong di tarik semula. Kami berharap para pelancong masih lagi mempunyai semangat untuk melancong lagi dimana akan memberkan kebaikan untuk industri sektor pelancongan.


Mushafiz juga berkata para pelancong yang menggunakan perkhidmatan Malindo Air perlulah faham dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi soal kesihatan dan juga immigrasi.


Malindo Air menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk melonggarkan sekatan secara perlahan-lahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Dengan permulaan penyambungan penerbangan domestik ini, adalah perkara penting bagi pemulihan ekonomi kerana 10% GDP itu daripada sektor pelancongan dan selebihnya daripada sektor penerbangan. Dengan mendapatkan para pelancong terbang semula untuk melancong adalah satu daya tolak yang kuat bagi ekonomi negara.


Malindo Air juga mahu mengulang semula kepada pelanggan dimana tempahan tiket penerbangannya dibatalkan atas sebab Covid-19 ini, mereka akan mendapat baucar pelancongan dengan nilai yang sama mengikut harga tiket yang sudah dibeli. Baucar ini akan dilanjutkan tempoh masa nya sebanyak 12 bulan dan jangka melancong adalah lebih 11 bulan dari tarikh penebusan.


Jika para pelancong menebus baucar itu pada Mac 2021, maka dia boleh menempah tiket penerbangan pada bulan Februari 2022. Malindo Air juga membenarkan pelanggannya menukarkan baucar pelancongan ini kepada hadiah untuk diberikan kepada ahli keluarga atau pun sahabat.

5 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf