Search
  • akmalalamshah

Malaysia bakal terima syarikat penerbangan tambang murah setanding AirAsia

Selain Syarikat penerbangan AirAsi, Malaysia bakal mempunyai sebuah lagi syarikat penerbangan tambang rendah baharu menerusi penubuhan Citilink Malaysia Aviation Sdn Bhd. Syarikat penerbangan itu dijangka mula beroperasi dalam tempoh antara satu hingga dua tahun ini selepas mendapat Sijil Pengendali Udara (AOC) dari Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Buat masa ini, syarikat itu akan beroperasi menggunakan AOC milik Citilink Indonesia dan bakal menawarkan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh, Kemboja pada suku kedua ini.

Menerusi MoU itu, SMTrack akan mengambilalih 60 peratus pegangan di dalam Dexma membabitkan transaksi bernilai RM2.8 juta.


Selepas proses pengambilalihan itu dimuktamadkan, Dexma akan ditukarkan nama kepada Citilink Aviation Malaysia serta mendapatkan AOC dan lesen dan permit berkaitan lain bagi membolehkan syarikat penerbangan itu beroperasi.

Dexma ketika ini adalah ejen jualan am (GSA) yang dilantik oleh Citilink Indonesia bagi mewakili syarikat penerbangan tambang murah dari Indonesia itu untuk menguruskan operasinya membabitkan perkhidmatan kargo dan penumpang di Malaysia.


Pada majlis itu, SMTrack diwakili oleh wakilnya, Jay Hoo Wing Wah manakala Dexma oleh Timbalan Ketua GSA Malaysia Dexma, Alvin Heng.


Sementara itu Heng berkata, pihaknya yakin perkhidmatan ditawarkan syarikat penerbangan baharu itu mampu menyaingi pesaingnya yang lain, malah menawarkan perkhidmatan lebih baik.


Tumpuan utama juga katanya adalah bagi memastikan harga jualan kekal kompetitif.

Antaranya, pelanggan akan menikmati tawaran bagasi 10 kilogram dan hidangan percuma dalam penerbangan.

Buat masa ini, syarikat penerbangan baharu itu beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Selain Phnom Penh, syarikat juga merancang untuk menawarkan laluan baharu ke China pada masa akan datang.


Tumpuan Citilink Aviation Malaysia juga adalah lebih kepada laluan antarabangsa dan tidak akan memasuki laluan domestik.


Sumber : Berita Harian

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf