Search
  • farouqfakhri94

LANGKAH TERSANGAT MUDAH BUAT PHOTOBOOK GUNA PHONE.



Jangan biarkan gambar cantik2 masa travel terbenam 6 kaki dalam handphone dan hard disk, atau terus hilang didalam laci bersama hard disk. Sangat baiknya di printkan dan dicetak ke dalam photobook. Sekarang pakai phone jer dah boleh buat photobok dengan Mudah, lihat langkah mudah step by step utk buat photobook. Lagi best kalau kena offernya boleh dapat FREE !!! Lihat pada setiap foto untuk tahu langkah2nya dan jangan LUPA KONGSI PERKARA BAIK INI.



Download apps photobook. Buka apps dan kita diberi pilihan cetakan yang kita suka (photo prints). Tapi sebelum tu, jangan lupa lihat di atas kanan ada notification. Di situ rahsia untuk dapat photobook free .



Di notification ada pelbagai promo dan discount dari photobook, jadi pastikan gunakan diskaun yang di gunakan.



Dah hafal promo kod, pilih photobook yg sesuai. Untuk contoh ini kita ambil simple book 6”x6” .



Seterusnya, pilih foto yang berkenan, untuk simple book kita cuma boleh pilih 20 foto. Mungkin rasa tak banyak, iyelahkan sekali travel je dah beratus gambar.

Jangan risau, tipsnya pilih best 20 photos dlm setiap lokasi dan buat beberapa buku. Lagi menarikkan , atau pilih photobook yang ada byk pages terus.



Susun mengikut kesesuaian mata dan perasaan.



Selesai susun ada pilihan untuk pilih paper yang lain.


Jika belum mendaftar, perlu daftar dulu, beri email anda nnti dia akan berikan email pengesahan. Selesai pendaftaran, perlu isikan alamat pos untuk penghantaran.



Selesai pendaftaran dan letak alamat pos kita, dah boleh proceed utk bayaran. Di sinilah kita akan gunakan promo kod untuk dapatkan diskaun menarik dan adakalanya percuma sahaja dan cuma perlu bayar shipping fee sahaja.

Mcm dalam foto ini, simple book yang berharga RM79 , kita dapat percuma sahaja dan cuma perlu bayar shipping fee RM8 sahaja.



Selesai buat bayaran akan keluar status begini dan tunggu, biasanya akan tiba di rumah kita dalam masa seminggu.

MUDAHKAN

Dah baca jangan lupa kongsikan perkara bermanfaat ini dan ajak kawan follow page Rarecation untuk pelbagai tips menarik.

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf