Search
  • akmalalamshah

Langkah - Langkah Untuk Memohon Visa Canada


flickr : bilwander

Untuk rakyat Malaysia, boleh dikatakan banyak juga negara yang kita boleh kunjungi tanpa memerlukan visa. Tapi unfortunately, kita memerlukan visa untuk berkunjung ke Canada. Haha. Takpe. Jangan pening kepala sebab di sini kami kongsikan dengan anda langkah-langkah dari A sampai Z untuk memohon visa Canada:


1. Pergi ke laman web CIC dengan klik di SINI.

2. Scroll ke bawah dan klik "Continue to GCKey".



3. Kemudian klik "Sign up" untuk create akaun bagi memohon visa.


4. Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman ‘Terms and Conditions of Use’. Klik sahaja “I accept”.


5. Create username. Pastikan username yang anda pilih memenuhi kriteria yang ditetapkan:8 – 16 aksaraTidak mengandungi ASCII Punctuation & Symbols atau aksara khas.Tidak mengandungi lebih daripada 7 digit nombor.


6. Create password. Sama juga, pastikan kata laluan anda memenuhi kriteria yang ditetapkan:


* 8 – 16 aksara

* Tidak mengandungi 3 aksara yang berturut-turut daripada username.

* Mengandungi sekurang-kurangnya SATU huruf besar, SATU huruf kecil dan SATU digit nombor.


7. Create recovery question. Ini adalah soalan keselamatan bagi mengetatkan lagi keselamatan akaun anda dan digunakan untuk mengesahkan anda adalah pemilik sah akaun tersebut. Jadi pastikan anda ingat jawapan anda bagi setiap soalan yang diberikan. Untuk memudahkan urusan anda untuk mengingat, anda boleh screenshot dan save halaman tersebut sebagai rujukan anda.


8. Setelah itu, klik “Continue” dan anda akan di-direct-kan halaman ‘Terms and Condition’. Di halaman ini, terus sahaja klik “I accept”.


9. Create account. Isikan maklumat 'Given Name', 'Last Name' dan 'Email Address' anda di ruang yang disediakan. Untuk ruangan nama, pastikan anda mengisikan nama penuh anda seperti yang tertera pada pasport anda. Contohnya, sekiranya nama penuh anda ialah Nurul Nadia Binti Amin;


Given name: Nurul Nadia

Last name: Binti Amin

10. Create security question. Lagi sekali, pastikan anda ingat jawapan anda bagi setiap soalan yang diberikan. Setelah anda selesai mengisi jawapan anda, klik “Next”.


11. Kemudian anda akan di-direct-kan ke halaman utama personal account. Di sini, klik pada apply for: “visitor visa, study and/or work permit.

12. Anda akan diberikan beberapa soalan soal selidik (questionnaire). Jawab kesemuanya.


13. Setelah itu, anda akan dipamerkan dengan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memohon tourist visa Canada seperti di bawah:

14. Muat turun borang permohonan, isi maklumat yang diminta, dan setelah itu, scan dan muat naik semula borang yang telah diisi tersebut di ruangan yang disediakan.

15. Supporting document (dokumen sokongan) yang diperlukan:


* Family information


* Travel history – Salinan cop pasport bagi perjalanan terdahulu, termasuklah muka surat depan pasport. Gabungkan semua salinan dalam satu fail PDF.


* Passport – Salinan cop pasport yang terbaru, beserta dengan muka surat depan passport.


* Proof of means of financial support – Penyata akaun bank 6 bulan terkini. Sekiranya mempunyai kad kredit, boleh sertakan sekali. Jumlah baki minimum yang wajib ada adalah RM10,000. Ini adalah sebagai bukti bahawa anda mampu tanggung diri anda dari segi kewangan sepanjang berada di Canada.


* Digital photo – Pastikan gambar anda jelas dan memenuhi setiap kriteria yang telah ditetapkan. Anda boleh klik ikon tanda soal di columnInstruction’ untuk lihat kriteria.


* Purpose of travel – Salinan tiket penerbangan, tempahan dan jadual perjalanan (itinerary). Gabungkan semua salinan dalam satu fail PDF.

16. Optional document (dokumen tambahan) yang boleh disertakan sekali jika perlu:


* Surat daripada majikan, atau apa-apa surat yang menyatakan tujuan perjalanan anda.

17. Apabila semuanya sudah lengkap, anda boleh proceed ke langkah yang seterusnya, iaitu membuat bayaran sebanyak CAD100. Bayaran yang telah dibuat tidak boleh dikembalikan (non-refundable). Jadi, sekiranya permohonan visa anda gagal, anda perlu membuat pembayaran sekali lagi.


18. Setelah selesai kesemua langkah di atas, anda hanya perlu tunggu sahaja emel daripada pihak CIC. Kebiasaannya, setiap permohonan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu untuk diproses. Kalau anda memohon ketika peak season, permohonan anda mungkin akan mengambil masa lebih lama untuk diproses.


19. Selepas anda menerima emel daripada pihak CIC yang menyatakan bahawa permohonan visa anda telah berjaya, barulah anda boleh submit pasport anda ke VFS (M) Sdn Bhd, Wisma MCA, Kuala Lumpur.


20. Untuk memproses visa, anda perlu membuat bayaran sebanyak RM 95.00 sahaja dan selalunya ia akan mengambil masa kira-kira 3-4 hari bekerja sahaja.


Alhamdulillah. Selesai!


Nampak macam leceh tapi kalau korang follow the flow. Inshaallah simple!


153 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf