Search
  • Syibli

Kerajaan Jepun akan membayar separuh kos travel kita di sana.


Pengembara Rarecatio bergambar di hutan buluh di Kyoto sambil memakai pakaian tradisi orang Jepun

Akibat Covid19, jumlah pelancong yang datang ke Jepun pada bulan april yang lepas telah jatuh sebanyak 99% dari tahun sebelumnya. Untuk membantu sektor pelancongan Jepun yang terjejas teruk ini, baru ini kerajaan Jepun mengumumkan akan menanggung separuh kos travel para pelancong yang ke sana.


Dari portal berita The Japan Times, memaklumkan bahawa kerajaan Jepun merancang untuk memperuntukkan lebih 12.5 Billion dana ke sektor pelancongan dan dana ini dirancangkan akan dilaksanakan seawal bulan Julai ini.


Namun masih belum ada perancangan jelas bagaimana dana ini akan disalurkan dan adakah untuk pelancong domestik sahaja atau termasuk dengan pelancong antarabangsa. Jika dana ini di laksanakan untuk pelancong antarabangsa, maka berita baik kerana Jepun antara negara yang dapat mengawal penularan Covid19 dengan baik.


Dengan kos penerbangan yang dijangka meningkat selepas ini, pengurangan kos ground merupakan satu berita baik untuk semua kaki travel. Bagaimanapun kita menanti penuh harapan agar Covid19 dapat di kawal dan sempadan negara akan dibuka semula dengan selamat.


0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf