Search
  • akmalalamshah

KENAPA WANITA WAJIB BERTUDUNG MENGIKUT SHAUQI HASAN MUTAWIF RARE



Islam ini mahal harganya kakak-kakak dan ibu-ibu sekalian. Bukan semua orang mampu 'bayar' harga sebuah penghijrahan.Ujian dan perintahnya untuk wanita adalah WAJIB berhijab dan menutup aurat itu SATU PENGHORMATAN untuk memuliakan diri seorang wanita. Dari situlah Islam mengangkat darjat seorang perempuan melebihi harta, keturunan dan rupanya dengan memberinya AGAMA.


Tetapi kalau sudah memilih harta, keturunan dan rupa paras yang dipandang manusia sebagai ukuran maka rugilah dirimu wahai wanita. Miskinnya kamu di sisi agama kerana IMAN dan ISLAM takkan dapat dibayar walau dengan emas seluruh isi dunia.

"Ibarat buang agama sebab nak pilih dunia".


Kan cantik bila bertudung seluruh makhkuk di langit dan di bumi melihatmu sebagai wanita yang berjuang mempertahankan maruah agama dan syariat. Bukan mengikut akal dan logik nafsu nak cantik di kaca mata masyarakat.Kayalah setera mana pun kalian. Baik artis, pelakon, penyanyi, bisneswoman waima isteri perdana menteri sekali pun kalau dah tak mahu kepada Islam mereka tak akan ikut hukum agama.


Bertudung adalah syariat bukan ikut minat. Ikut suka hati nak pakai bila suka, nak buang bila dah tak laku. Ini bukan hobi macam melukis kak. Ini cerita syurga atau neraka.

Dunia hari ni bersepah dengan wanita yang berasa dirinya 'berharga' dengan aurat yang terdedah, terbuka dan boleh ditayang kepada seluruh jantan, itu menunjukkan "how cheap you are di sisi agama". Manusia akan lebih memilih kepada dunia dan nafsu apabila dah sayang dan cintakan segala isinya.


Barang bila dah tak ada nilai orang akan bagi FREE. Kalau dah tak kisah nak tayang satu body semua, itulah dia manusia yang sudah hilang agama. Dah tak ada harga dah. Maka hilanglah maruah agamanya.


Bukan soal mempermainkan agama lagi tetapi sebenarnya memperlekehkan perintah Allah dan mencabarnya secara 'berani' dengan hujah alasan cik kak yang 'kurang bijaksana'. Murahnya kata-kata macam orang tak sekolah pun ada.


Kalau sudah berani berhujah, bercakap begitu dengan terbuka kepada seluruh manusia maka beranilah bertanggungjawab untuk menjawab di depan Allah nanti. Berani buat, beranilah tanggung.


Sekarang ada internet, youtube, fb dan seluruh media sosial untuk menegakkan benang kita yang basah dengan alasan populis demi meraih simpati nak menjaga status dan air muka. Di akhirat nanti kita tidak ada alasan kecuali seluruh anggota badan yang menjawab segala amalan kita.


Kalau sudah memilih untuk kembali mengikut cara hidup orang jahiliyah, itu bukan lagi jahil tetapi degil. Siap boleh berselindung di sebalik alasan dosa pahala itu antara diri dengan tuhan. Nampak sangat defensifnya.


Mengecam orang yang cuba mengajak kembali kepada Allah dengan komen bajet suci dan ahli syurga pun satu tindakan sindrom denial. Orang buta, diberi tongkat tapi menolak itu bongkak namanya. Zalim sangat kalau macam tu. Dah lah sesat, orang nak bagi peta tak nak pula. Kami boleh kasihan sajalah.


Tapi itulah kita manusia yang lemah. Sering menyalahkan pihak lain. Mengakui dengan jujur semuanya kelemahan diri yang tak kuat iman bukan menunjukkan kita merendah diri tapi sebenarnya nak bagitahu itulah sifat manusia. Betapa sombongnya dengan Allah bila masih berani bercakap dengan selamba semua ini takdir Allah.

"Allah pula yang disalahkannya."


Sama-samalah kita doakan agar seluruh wanita Islam yang belum bertudung diberi jalan dan petunjuk untuk kembali kepada perintah agama. Allah ampunkan kita lantaran sifat jahil tapi Allah tak ampun dosa kita kalau dah ada ilmu tapi memilih untuk menjadi degil.

Begitulah hakikat kisah manusia harini yang berlaku di utara Uganda. Negara fantasi yang sedang bergolak dengan isu hangat politikus tak berakhlak dan artis yang sibuk tak nak bertudung sebab bajet muka dah lawa.


Tag dan share sebagai nasihat kepada isteri, anak-anak, kakak-kakak, makcik bawang dan kawan-kawan perempuan kita. Menyampaikan peringatan adalah sebahagian dari tanggungjawab kita bersama.


Semoga bermanfaat.


Shauqi Hasan

Mutawif Rare.



54 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf