Search
  • farouqfakhri94

KENAPA KITA PERLU GUNA PUBLIC TRANSPORT BILA MENGEMBARA?


Seronok jer naik public transport. Cepat dan selamat.

Kalau pergi tempat orang, kenalah merasa apa orang tempatan rasa. Baru dapat feel. Pergi jauh-jauh sampai Jepun contohnya tapi tak merasa naik bullet train Shinkansen. Kan tak best macam tu. Naik public transport juga menggambarkan teknologi sesebuah negara yang kita pergi. Di situ juga boleh berjumpa orang tempatan. Tidaklah pergi negara orang tapi kita naik bas pelancongan. Kapal terbang yang kita naiki juga jatuh dalam kategori pengangkutan awam. Dari dalam keretapi sahaja, kita boleh lihat budaya setempat. Ada yang jenis kalau nak kentut main senget bontot jer terus dia letup dan orang lain tak pandang pun. Anggap itu budaya biasa. Ada yang kita tersendawa habis satu tren pandang macamlah kita tercirit dalam seluar. Ada keretapi yang lajunya sampai tak sempat nak kira tiang letrik di trek keretapi. Ada yang slownya sampai boleh turun tren dan kemudian kejar balik tren pun boleh naik lagi.


Ini semasa naik Eurostar, bullet train dari Paris ke London. Lajuuuuuu.

Tak pergi London jika tak merasa naik the real Double Decker bus.

Ini bukan sebahagian dari public transport ye :)

Ferry di Bosporus ni pun ialah public transport juga. Boleh naik yg ni jauh lebih murah dari ambil pakej belayar private.

Ini train dari Romania ke Hungary. Dalam dia ada katil selesa. Pemandangan dari tingkap memang lawa nak mamam lah.

Sambil jalan, ambil mood tengok pemandangan di luar tingkap.



26 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf