Search
  • Travel Advisor

Pengalaman berpuasa di Balkan


Salah sebuah masjid di bumi Eropah Timur, Zagreb.

Menulusuri sejarah 4 negara Balkan (Croatia - Slovenia - Montenegro - Bosnia) dalam masa 13 hari 10 malam pada musim bunga ini. BUAT PERTAMA KALINYA dalam sejarah Rarecation, kita akan ambil peluang untuk menyambut AWAL Ramadhan di Bosnia - sebuah negara yang majority nya beragama Islam. Waktu inilah kita dapat merasai pengalaman bersahur dengan suasana pagi yang hening, berpuasa dan dalam masa yang sama dapat melihat dan mendalami budaya dan cara kehidupan harian mereka.


Kita akan berkesempatan untuk berbuka bersama penduduk tempatan dan merasai sendiri makanan tempatan Bosnia. Sementara menunggu waktu berbuka, sempatlah kita bersilaturrahim dan beramah mesra dengan mereka, mana tahu boleh jumpa rusuk kiri (bagi yang bujang saja!) haha.Dari membuat persiapan juadah berbuka sehingga solat tarawih berjemaah, semua ini peluang yang takkan dilupakan dan tak ramai orang alami.

Kita bukan saja pergi ke tempat-tempat pelancongan, tapi kita akan mengambil peluang untuk pergi ke pasar-pasar dan travel like local.


Yang paling best sekali, kita akan mengambil peluang ini untuk berbuka puasa dan solat terawih berjemaah bersama penduduk tempatan. Ini lah masanya untuk kita bersilaturrahim sesama penduduk Muslim di sana. Berpuasa di Bosnia memang sangat seronok, cuaca nya nyaman dan sejuk je average dalam 18 degree celcius. Nak berjalan-jalan pusing bandar pun takkan berlecak ketiak masing-masing.


Island hopping di Zadar, cuaca yang nyaman memang syok kalau dapat makan angin di tengah laut..

Balkan bukanlah negara yang banyak pencakar langit , tapi negara yang melimpah ruah dengan khazanah alam yang belum diterokai. Croatia, atau juga terkenal dengan Negara Seribu Pulau. Di sini kita akan island hopping di Zadar. Kita akan menaiki cruise dan kalau ada rezeki, boleh nampak dophin. Rare kan!


Destinasi wajib bila ke Slovenia, Tasik Bled.. View yang pastinya yang akan menghilangkan lelah bila dah sampai ke puncak. Cantik sangat!

Bukan setakat itu saja, kita juga akan ke Slovenia, sebuah negara yang kaya dengan alam semula jadi yang masih terjaga. Berada di Tasik Bled, jangan lepaskan peluang hiking di tasik ini untuk melihat pemandangan sunrise. Cuaca yang nyaman, memang syok kalau dapat hiking. Itinerary yang tidak padat dan sesuai untuk semua golongan yang inginkan pengembaraan yang santai bersama keluarga atau geng-geng travel.

NFO PAKEJ 2019 :

Itinerary penuh boleh rujuk link: https://www.rarecation.com/pakejbalkan . Tarikh (13 hari 10 malam) : . SPRING: 28 Apr – 10 May SUMMER: 27 Aug – 7 Sept AUTUMN : 9 – 21 Oct & 22 Oct – 3 Nov . RM 9,420 (Solo) RM 9,120 per pax (berdua atau lebih) . PAKEJ TERMASUK: 1. Penerbangan pergi balik 2. Pengangkutan 3. Minyak dan tol (jika ada) sepanjang trip 4. Penginapan 5. Insurans perjalanan 6. Makan pagi dan malam 7. Baju Rarecation Limited Edition 8. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy 9. Kapten dari Malaysia yang juga professional photographer 10. Gambar-gambar awesome sepanjang trip . CALL TERUS ATAU WHATSAPP UNTUK INFO LANJUT: 010-247 2730 010-247 2730 010-247 2730

136 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf