Search
  • Qistina Khairudin

Kebaikan Slow Travel

Updated: Mar 10

Mesti semua orang tertanya-tanya apa tu Slow Travel?



Slow Travel adalah travel yang menolak cara tradisi travel yang dahulu dimana kita ikut pada jadual yang ditetapkan dan kita perlu mengikut pada kesemua tempat yang ditetapkan dan kita perlu pergi pada semua tempat dimana mempunyai had masa untuk kita ziarah dikawasan itu. Akan tetapi slow travel adalah berlainan konsep, ia adalah travel dimana mengikut pada kadar cara kita travel, tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Slow travel ni juga perlu ada mindset memberanikan diri untuk menyelam didalam suasana yang baru dan mempunyai pengalaman yang baharu. Tempoh minima untuk slow travel ini adalah satu minggu. Selain itu, slow travel ini juga dapat membantu kita untuk mengenali lebih dalam tentang persekitaran, macam mana aktiviti harian penduduk setempat dan juga dapat membuka mata kita dengan lebih luas mengenai tempat-tempat yang kita pergi melancong.



Terdapat banyak kebaikan didalam penggunaan slow travel ini. Mari kami share serba sedikit kebaikan dalam penggunaan slow travel ini.



Dengan slow travel ini, kita dapat menguatkan ikatan ataupun dipanggil "stronger connection" dengan destinasi kita. Pada masa yang sama juga anda akan rasa lebih senang apabila anda tidak terikat dengan waktu yang ditetapkan dan anda akan kurang merasai stress dengan jadual perjalanan anda. Dengan bantuan slow travel ini, ia akan menolong anda kurangkan rasa stress dengan terikatnya waktu pada jadual perjalanan anda. Lantas anda akan merasai anda mahu lebih mengenali dipersekitaran anda seperti aktiviti orang lokal disana, merasai bagaimana pasar barang segar yang terdapat disana, bagaimana pula dengan keadaan persekitarannya, kesemuanya bakal dirasai dengan menggunakan slow travel ini.



Antara kebaikan lain bila cakap tentang slow travel ni adalah cara anda memilih jenis kenderaan anda untuk anda beralih ke tempat yang lain. Dengan penggunaan slow travel ini anda dapat memilih untuk menaiki kenderaan yang berunsur eco-friendly seperti basikal atau kereta. Mesti tertanyakan kenapa kereta kan, sebabnya adalah bila perjalanan yang pendek bolehlah gunakan kereta, tapi kalau perjalanan panjang anda boleh menggunakan kenderaan awam seperti kereta api dan bas.



Bila kita menggunakan slow travel ni, kita dapat menikmati kesemuanya tanpa ada rasa terbeban dengan jadual ataupun dengan aktiviti harian anda kerana anda dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang anda. Dengan kaedah slow travel ni anda dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan anda, kenapa kami cakap mcm tu?. Antara sebabnya adalah bila anda bersama dengan anak-anak anda lagi-lagi yang paling kecil tu dia amat memerlukan masa dengan keluarga lebih untuk mengeratkan lagi ikatan bersama anda dan pada masa yang sama anak anda dapat explore di kawasan itu dan bersama dengan anda juga.


Antara kebaikan lain juga adalah anda dapat menjimatkan budget anda dan perbelanjaan anda juga. Slow travel ni senang je dia ikut kita punya "pace" kalau kita terlalu rushing dah tak macam slow travel jadinya dan anda akan rasa tidak seronok untuk menghayati keindahannya. Selain itu, dapat juga lihat permandangan, dapat kenal di kawasan itu dengan lebih mendalam dan kurang tekanan dengan jadual perjalanan.



Jadi itu sahaja perkongsian kami mengenai "slow travel" ini. Semoga ilmu dapat memberikan manfaat kepada kita semua, InsyaAllah.

11 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf