Search
  • akmalalamshah

Jepun destinasi terbaik untuk mengembara semasa cuti sekolah

Updated: Mar 7, 2019


Steady je peserta kita ni pakai kain pelekat bergambar dengan view Gunung Fuji. Masa ni depan rumah penginapan kita je.. Alhamdulillah rezeki langit cerah dapat tengok puncak Gunung Fuji

Pengembaraan ke negara matahari terbit pasti banyak memberi pengajaran kepada kita terutama mengenai budaya, sikap dan gaya hidup masyarakat Jepun itu sendiri. Di sini lah peranan ibu bapa untuk menerapkan sikap-sikap bangsa Jepun ke dalam diri anak-anak. Dalam pada itu juga, ibu bapa dapat create memories yang tidak akan dilupakan oleh anak-anak.


Di sini, kami kongsikan beberapa keping gambar keluarga bahagia yang bersama kami menjelajah 3 bandar utama di Jepun; Osaka - Kyoto - Tokyo - Kawaguchiko (Gunung Fuji).


Perjalanan yang memakan masa sekitar 7 jam sahaja dari KL ke Jepun, memang sangat sesuai untuk yang mencari short and quick trip semasa cuti sekolah. Kita experience naik bullet train antara yang paling laju di Jepun, berpeluang merasai pengalaman memakai baju kimono dan baju samurai. Bila lagi nak try kalau bukan masa ni. Kimono ni pulak ada banyak level tau, ada kimono untuk rakyat marhaen, untuk princess dan ada juga untuk permaisuri.


Bergambar dulu sebelum naik bullet train, dari Osaka ke Tokyo sejauh 500 km hanya dalam masa 2 jam 30 minit sahaja. Jangan tidur, kerana sepanjang perjalan kita akan di sajikan dengan pemandangan indah Gunung Fuji

Peserta kita bergambar menggayakan kimono yang dipakai

*iklan*


TRIP CUTI SEKOLAH KE JAPAN:


23 - 29 Mac 2019

20 - 26 Nov 2019

29 Nov - 5 Dec 2019


HARGA PAKEJ:


RM 7,540 per pax (join solo) RM 7,240 per pax (join berdua atau lebih)

RM 7,040 per pax (2-11 tahun)

RM 1,900 per pax (0-23 bulan)


Kalau di Kyoto pula kita akan mengembara ke Arashiyama, meneroka hutan buluh, berbasikal bagi sesiapa yang berminat, dan boleh juga mencuba pakaian tradisional Jepun di sini sambil menaiki beca mengelilingi kawasan ini. Dah alang-alang sampai ke sini, kita akan singgah ke Fushimi Inari, iaitu kuil utama di Fushimi bagi masyarakat Jepun yang menyembah tuhan Inari - the God of Rice.


Arashiyama Bamboo Forest

Kalau travel dengan Rarecation ke Jepun, kita akan spend seharian di Tokyo Disneyland. Sebab tu lah trip kami ke Jepun sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil, dan juga remaja purba. hehehe. Jangan risau, tiket masuk ke sini pun sudah termasuk dalam pakej kita, jadi semua peserta tak perlu pening kepala nak kena que panjang untuk beli tiket. Tetapi, activity ni tak wajib untuk semua orang ya.. Jika ada keluarga yang tak minat untuk ke sini, boleh sahaja inform kami awal-awal dan kita boleh arrange kan free and easy day untuk peserta lain. Ramai yang join Rarecation kerana Rarecation mempunyai flexibility yang travel agent lain tak boleh bagi.


Sebelum budak-budak dan mak budak lupa diri dalam Disneyland ni.. hehe

Statue Hachiko - tiada dalam itinerary tapi atas request peserta kami turutkan jua.

Dah sampai Tokyo, alang - alang tu singgah terus lah ke Kawaguchi, rumah kepada ikon Jepun iaitu Gunung Fuji. Kita akan melihat sendiri keindahan Gunung Fuji dari Tasik Yamanakako. Tasik yang terbesar dengan pemandangan terbaik untuk melihat Gunung Fuji.


Secara purata hanya lebih kurang 80 hari dalam setahun dapat tengok view Gunung Fuji clear takde awan macam ni

Antara perkara wajib kalau dah sampai Jepun, haruslah mencuba King Crab dan Wagyu mereka. Dua makanan ini memang terkenal dengan kesedapannya dan harganya yang jauh lebih murah dari di Malaysia. Dah beli king crab, lepas tu bawak balik dan kita buat sambal king crab, makan pulak dengan nasi panas dan telur goyang letak kicap.. Pehhh! Memang terangkat sehh..


Semua excited nak 'mengerjakan' king crab yang besar gedabak ni

Ni kita bawak pula peserta kita pergi makan Wagyu.. The best Wagyu in town! Siapa yang minat beef, wajib ikut kami ke sini

Jadi jom ikut kami ke Jepun pada musim cuti sekolah ini, bawa anak-anak kesayangan sekali. Kita dah sibuk bekerja siang dan malam selama ni, tak ada salahnya kita luangkan 7 hari dari jadual kerja kita hanya untuk mereka. Percayalah, moment inilah yang akan mereka kenang sepanjang mereka membesar.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik link ini

Atau boleh juga hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:


+6010 667 2731 (ALYA)

+6010 667 2731 (ALYA)

+6010 667 2731 (ALYA)













296 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf