Search
  • akmalalamshah

INFO VAKSIN WAJIB TAHU BAGI JEMAAH UMRAH


INFO WAJIB TAHU BAGI JEMAAH UMRAH



Antara keistimewaan kursus umrah ini, kami turut menyediakan kemudahan suntikan vaksin kepada seluruh jemaah kami pada hari taklimat diadakan.


Bagi jemaah umrah yang berhajat mengambil suntikan vaksin, mereka perlu tahu untuk apa dan kenapa kita mesti mengambil perlindungan vaksin tersebut.


Ada 3 jenis vaksin yang menjadi pilihan untuk jemaah pertimbangkan. Suntikan ACYW wajib diambil melainkan mendapat nasihat dan kebenaran dari pihak doktor.


Ia juga adalah syarat yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk permohonan visa umrah dan haji. Menjadi kewajipan kita sebagai jemaah umrah menjalankan tanggungjawab kita mempersiapkan diri dan menjaga kesihatan dalam tahap paling optimum.



SUNTIKAN WAJIB DAN SUNAT


1) MENINGOCOCCAL


Suntikan vaksin Meningococcal adalah bersifat WAJIB disuntik untuk elak kuman meningitis (jangkitan otak). Daya tahan vaksin di dalam badan bergantung kepada jenis vaksin dan saranan daripada pihak doktor perubatan.


Ada yang bertahan selama 2 tahun, ada yang sehingga 5 tahun. Macam yang saya ambil, tempoh hayatnya selama 5 tahun dari jenis vaksin Menveo.


Untuk meningococcal ada 2 pilihan vaksin, 3 tahun (nimenric, mencevax) atau 5 tahun (menveo, menactra)

Jadi untuk masa depan kalau nak pergi umrah lagi, hanya perlu dapatkan cop yang baru sahaja dari pihak Klinik. Kan mudah!


Meningitis adalah infeksi yang menyebabkan inflamasi pada selaput yang melindungi otak dan sumsum tulang belakang. Penyakit ini berisiko tinggi terjadi di bahagian tertentu di dunia, terutama negara Arab Saudi sebagai tempat tumpuan menunaikan ibadah umrah dan haji.


Meningitis adalah penyakit yang disebabkan bakteria kelompok A, W, C, dan Y. Maka semua jemaah wajib mendapat satu dos vaksin kuadrivalen polisakarida atau lebih dikenali dengan nama ACYW135.


Pemberian vaksin ini sebaiknya dilakukan 2-3 minggu sebelum keberangkatan dan tidak kurang dari 10 hari sebelumnya. Jika sebelumnya pernah mendapat vaksin yang sama, pastikan bahawa waktu pemberiannya tidak lebih dari tiga tahun sebelumnya.


2) INFLUENZA - SUNAT MUAKKAD


Hukumnya sunat diambil kerana vaksin Influenza untuk cegah jangkitan selsema burung. Saya ambil vaksin ni sebagai tambahan perlindungan. =D

Vaksin influenza dianjurkan untuk jemaah terutamanya yang ada simpton berikut:

1. Pengidap penyakit kronik seperti gangguan ginjal, sakit jantung, gangguan pernapasan, diabetes, dan gangguan sistem saraf.

2. Yang ada masalah imunodefisiensi. Senang kena jangkitan demam.

3. Pengidap penyakit metabolik.

4. Yang mana mengidap obesiti.

5. Wanita hamil, sebaiknya dapatkan dulu nasihat doktor.


3) PNEUMOCOCCAL - SUNAT MUAKKAD


Suntikan Pneumococcal pula berfungsi untuk cegah pneumonea, kuman di peparu sebab batuk. Waktu di Mekah nanti jangkitan sangat mudah menular kerana keadaan yang padat dengan manusia dari pelbagai pelusuk dunia.

Kena pula masa dalam flight dalam perjalanan pulang, ramai yang akan batuk-batuk. Jaga-jaga dengan orang sebelah. Antara perlindungan pantas gunakan mask yang sesuai masa dalam flight.


Vaksin pneumonia disarankan bagi calon jemaah haji dengan kondisi tertentu terutamanya bagi orang dewasa berusia 65 tahun ke atas. Juga dinasihatkan kepada anak-anak dan orang dewasa pengidap penyakit kronik, seperti diabetes, asma, gangguan ginjal atau penyakit jantung.



Bagi yang mahu mengambil perlindungan untuk tujuan umrah di masa depan, boleh hubungi panel perubatan RPWP yang memberikan khidmat nasihat 24 jam.

Klinik Assalam menawarkan pakej suntikan vaksin dijamin murah di dalam pakej yang sama.

1. Meningococcal hanya RM129 (asal RM170) 2. Influenza RM 109 (asal RM120) 3. Pneumococcal RM129 (asal RM150)


Hubungi Klinik Assalam atau datang terus di alamat berikut:

Klinik As-Salam 24 Jam, No 69-71, Jalan 7/7 C, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Hp@whatsapp: 012 414 0969/ 019 337 0969

Tel: 03 8912 9969/ 03 8920 0269/ 03 8928 0269


Klinik As-salam telah menyumbangkan sedeqah berbentuk pembiayaan perubatan dan khidmat nasihat kesihatan kepada seluruh warga RPWP tanpa mengambil sekarang upah dan bayaran ubatan.


Menyokong sumbangan dan kerjabuat mereka sama seperti anda menyokong kami di RPWP. Terima kasih Dr. Azfar dan isteri Dr. Rozma atas usaha dan kebajikan kalian bersama seluruh warga Klinik Assalam.


SHAUQI Penerima suntikan vaksin



144 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf