Search
  • Syibli

Iceland akan dibuka semula kepada pelancong Jun ini


Peserta Rarecation menikmati keajaiban "Ice Cave" di Iceland

Iceland merupakan salah satu negara yang mencatatkan kes Covid-19 terendah didunia dengan jumlah kes cuma 1,802 kes dan bermula pada 19 april yang lalu kes harian sudah mencecah satu digit dan ada hari dimana tiada kes baru Covid-19 dicatatkan


Baru baru ini, Perdana Menteri Iceland Katrin Jakobsdottir membuat pengumuman mereka akan mula menerima pelancong bermula 15 jun ke atas. Sebelum ini seperti kebanyakkan negara lain, tiada pelancong dibenarkan untuk memasuki negara tersebut


Tatkala bertukar menjadi hijau dan aurora menari di langit, inilah pengalaman yang paling dinanti bagi semua pengembara ke iceland

Pada waktu ini, sesiapa sahaja yang tiba di Iceland akan diwajibkan untuk melaksanakan 14 hari kuarantin tetapi bagi pelancong yang akan datang ke Iceland selepas 15 Jun ini anda boleh memilih untuk tidak perlu kuarantin kerana mereka akan membuat ujian Covid 19 secara percuma di lapangan terbang. Ujian ini akan memberikan keputusan segera sama ada anda mempunyai covid-19 atau tidak. Jika keputusan anda negatif anda boleh meneruskan misi mencari aurora di Iceland Bagaimana prosedur ujian ini akan dijalankan masih belum dapat dipastikan tetapi ianya akan dilaksanakan dengan kerjasama dari National University Hospital of Iceland


Tasik Cermin di Iceland yang menjadi terkenal kerana video klip Gerua, Dilawle

Namun kami harap anda tidak terlalu teruja kerana walaupun negara tersebut sudah membuka pintunya kepada pelancong namun pilihan penerbangan untuk ke sana sangat terhad. Kebanyakkan penerbangan sudah menutup laluan penerbangan, Norwegian Air didalam mode hibernasi sehingga 2021 dan British Airways memaklumkan tiada penerbangan sehingga bulan Julai


Walaupun kita mungkin tidak dapat pergi ke sana dalam masa terdekat ini, tetapi langkah yang dibuat Iceland merupakan satu berita baik bagaimana "future of traveling will look like".



Teruskan berdoa Malaysia, InsyaAllah sampai masa kita boleh travel semula

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf