Search
  • Qistina Khairudin

IBADAH HAJI BAGI MUSIM 1441 HIJRAH DITANGGUHKAN

Hari ini telah dimaklumkan bahawa ibadah haji untuk semua rakyat Malaysia ditangguhkan oleh Kerajaan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Negara, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata keputusan penangguhan itu dicapai berdasarkan kepada taklimat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH), serta perbincangan ahli-ahli Mensyuarat Jawatankuasa Muzakarh Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 9 Jun 2020 kelmarin.


Beliau berkata isu berkenaan telah pun mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan isu ini telahpun di sampaikan kepada Kerajaan Arab Saudia.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, "saya mengharapkan semua bakal haji untuk bersabar dan redha dengan keputusan ini. Sehubungan itu, TH akan mengeluarkan kenyaataan rasmi dan soalan lazim (FAQ) berkaitan dengan penangguhan ibadat haji bagi musim 1441H sejurus selepas sidang media ini."


Beliau menambah lagi, "Saya juga menyeru seluruh umat Islam di Malaysia untuk terus berdoa agar Allah SWT menghilangkan wabak ini sepenuhnya dan memelihara dua Kota Suci Makkah dan Madinah dari sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini."


Zukifli berkata, Beliau telah bertemu dengan Duta Arab Saudia ke Malaysia semalam bagi memyerahkan surat rasmi penangguhan ibadat haji bagi Malaysia, untuk disampaikan kepada Dr Mohammaed Saleh bin Taher Banten selaku Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudia.


Terdapat negara lain juga yang mengambil keputusan untuk menangguhkan penghantaran jemaah Haji mereka, antaranya adalah Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand dan Brunei.


Didalam sidang media yang berlangsung tadi, beliau berkata kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudia diatas kepimpinan Khadim al-Haramain al-Sharifain Raja Salman Abdulaziz atas udaha gigih membendung penularan jangkitan COVID-19 di Tanah Suci.


Beliau berkata lagi kepada Kerajaan Arab Saudia, "Kami amat menghargai segala pengorbanan Kerajaan Arab Saudi dan wira-wira barisan hadapan mereka yang masih bertungkus-lumus dan berterusan memerangi wabak ini khususnya di dua buah Kota Suci yang dicintai seluruh umat Islam."



0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf