Search
  • Qistina Khairudin

HOTEL DI SWISS TIDAK BERDINDING DAN BERBUMBUNG TETAPI MEMPUNYAI PERMANDANGAN YANG MENARIK

Updated: Jun 11

The Null Stern, hotel di Swiss mempunyai bilik hotel yang unik dan terbaik untuk para travel di pergunungan Alps. The Null Stern bermaksud “Zero Stars” didalam Bahasa German. Ia adalah hotel dimana berbeza dari 5 bintang hotel yang penuh dengan barangan mewah, The Null Stern ini lebih kepada mendekatkan diri ke alam semula jadi dimana penuh dengan kehiijauan, langit yang luas dan permandangan yang indah.

Foto dari Null Stern


Bilik hotel The Null Stern tidak mempunyai bilik air dan barang-barang kepeluan lain seperti bumbung, dinding dan juga lantai yang lawa. Dalam bilik itu hanya ada katil, kain linen baharu, dua meja sisi katil dan juga bintang di langit menyinari bilik.


Foto dari Null Stern

Suasana di Hotel The Null Stern


Daniel Charbonnier, co-founder The Null Stern berkata “keistimewaan bukanlah pada hotel, tetapi pada tetamu itu sendiri”. Daniel Charbonnier berkata lagi pada Business Insider, “Kami buang semua dinidng dan hanya tinggalkan anda dan juga pengalaman anda disini”. Pengasas The Null Stern menerangkan bahawa di dalam hotel The Null Stern tiada perkhidmatan pekerja disitu, alam semula jadi yang menyediakan perkhidmatannya dan bagi tempat itu dan reka bentuknya dibuat oleh penduduk lokal ikut pada kemahuan mereka. Servis sarapan pagi boleh dihantar oleh pekerja dengan menu sandwich salami dan kopi.


Geografi tempat ini adalah 6,463 kaki paras atas laut dan berapa di atas gunung Graubunden. Pada tahun ini The Null Stern akan memasang TV dengan hanya satu siaran sahaja. Siaran itu mempunyai Berita semasa, ramalan kajian cuaca dan juga rancangan jenaka dari daerah itu. Kemudahan bilik air terletak 100 meter dari bilik hotel itu.


Kadar hotel itu satu malam adalah 250 dolar akan tetapi trip anda mungkin akan dibatalkan jika cuaca buruk berlaku.

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf