Search
  • akmalalamshah

SISTEM PENDIDIKAN TERBAIK DUNIA DI ISRAEL TAPI IKUT QURAN?


Semasa kami melangkah masuk ke Kibutz di Israel, kelihatan mereka seperti terkejut kerana kunjungan wajah kulit ciku sawo matang yang janggal dilihat. Sambil melemparkan senyuman tetap juga mereka ucapkan selamat datang ke Kibbutz. Bila dinyatakan kami dari Malaysia, tiba-tiba wajah mereka berubah dari janggal kepada kagum. Katanya "Kami tidak menyangka dikunjungi oleh pengunjung dari Malaysia". Rupanya, sepanjang sejarah mereka dari 1909 kami antara beberapa kumpulan dari Malaysia yang datang ke Kibbutz. Beliau sendiri lupa bila yang terakhir.

Segerombolan kami menuruni bas dan melihat di celahan ladang anak-anak kecil berumur 2 tahun sudah di bawa bekerja bersama rakan-rakan seumurnya menghangkat batu-batu kecil. Comel tapi kasihan juga, kecil-kecil dah bekerja seperti hamba. Rupanya, itulah satu sistem pendidikan yang mereka bina semenjak anak belum lahir lagi. Setelah mampu berdiri sendiri sudah diajar bekerja. Katanya, supaya bangsa Israel menjadi bangsa yang rajin bekerja dan menjadi canggung untuk duduk-duduk menghisap ganja dan berliburan tanpa tujuan selain menghabiskan harta mak abah.

Kibbutz Degania Aleph ialah salah satu dari 273 kluster Kibbutz di seluruh Israel. Seperti satu kampung moden yang kaya tetapi warganya dari buruh sehingga doktor pakar tidak bergaji (kecuali Kibbutz swasta) dan mereka hidup dalam komuniti yang ada semuanya tersedia.

Malang benar, terpana hati kami melihat apa yang ada di dalam Kibbutz, kami sampai tidak sedar tangan tak mengketik laras kamera membidik sekeping dua gambar. Mungkin ketakutan juga kerana askar-askar Israel berada di sekitar Kibbutz. Walaupun bukan dengan wajah garang dan kasar layak yang ada di pinggiran tembok batu pemisah Gaza dan Tebing Barat, stigma mereka ini setan yang dilaknat masih pekat dan buat kami gusar mengketik foto.


Menariknya, sistem Kibbutz mengambil guna sistem dari sunnah Nabi Muhammad sendiri semasa dasar mula Islam diletakkan di rumah Arqam bin Abi Arqam. Dari situ, Rasulullah membawa Islam sehingga menjadi tamadun yang mampu menguasai 2/3 mukabumi. Namun sistem itu telah kaput merudum tidak dihirau lagi oleh Islam kerana tularnya susupan bawah tanah kapitalis barat yang memadam pembangunan pendidikan berbentuk komunal dalam sistem Islam. Pada 1909 puak Yahudi yang baru mendapat tanahair yang gersang di Palestin mula menghidupkannya semula. Sistem Nabi Muhammad S.A.W digunakan semula kerane kepercayaan mereka kepada sistem dari Allah itu besar, cuma imannya tak mahu tunduk kepada kedatangan nabi Muhammad sendiri. Quran digunakan sebagai materi untuk sebahagian besar carahidup di Kibbutz, dalam masa yang sama diutus haiwan-haiwan berpakaian warak seperti Islam untuk berdakwah agar umat Islam disibukkan menghafal Quran dan berdebat tentang hukum hakam furuk beribu asalkan mereka lupa dengan melaksanakan ayat Quran itu sendiri. Pada ketika kami di Baitulmaqdis, kami didatangi seorang pendakwah Islam yang disekat memasuki Israel kerana dakwah beliau kuat untuk mengajak Islam melaksana bukan sekadar menghafal-hafal Quran.


Panjang nak diceritakan, Rombongan kami dari Rarecation Travel terus melihat dan mengkagumi 90% sistem mereka dicedok dari Quran sahaja sudah buat bangsa ini menguasai dunia dalam 100 tahun. Apa lagi jika kita gunakan 100% pasti kita akan jadi bangsa lebih baik dari yang praktis sekadar pilih-pilih. Biar foto dari Franck Vogel ini berbicara sedikit selam masuk ke kawasan pendidikan komuniti yang langsung tidak hairan untuk masuk dalam penarafan dunia. Sebuah Kibbutz boleh menghasilkan GDP sendiri sehingga lebih 1 Billion dengan hanya 800 orang ahli termasuk bayi kecil. Walaupun orang Yahudi yang bangunkannya, tetapi kami melihat Al-Quran sedang dilaksanakan secara senyap-senyap oleh mereka dalam pada kebanyakan orang Islam sendiri tidak tahu yang itu ialah dari Islam.



Pemandangan salah sebuah Kibbutz dari udara. Orang Yahudi membeli tanah-tanah gersang milik orang Islam Palestin dan kemudian ditukarkan tanah gersang itu menjadi tanah yang subur dengan melaksanakan kajian-kajian yang dibuat oleh universiti seperti Oxford untuk dibangunkan di sini. Keluarga Rothschild antara pemberi dana pembelian patent dari universiti-universiti ternama itu.

Gambaran di dewan makan, yang secara tradisinya diwakili ahli kibbutz, kebanyakan pelanggan adalah ahli lama dan sehingga kini mereka tidak perlu membayar makanan. Makan, pendidikan, perubatan, kereta, dan semua keperluan hidupd alam Kibbutz disediakan mencukupi untuk semua kerana mereka semua bekerja di mana-mana bahagian sekalipun tanpa sebarang gaji.

Di Kibbutz, mereka kembangkan keahlian mereka sama ada menerusi perkahwinan ataupun beranak ramai. Secara purata seorang ibu melahirkan 10 orang anak sehinggala 14 orang anak di Kibbutz. Tiada apa perlu dirisaukan, semuanya ada dalam Kibbutz. Tak perlu pening nak menghadapi sesak jalanraya bekerja dan hantar anak ke pusat penjagaan.

Amahud Londner, 72, telah bekerja sejak 45 tahun dulu. Seorang CEO boleh menjadi seorang pencuci lantai, seorang doktor boleh kadangkala menjadi posmen. Malu apa bossku? rumah sendiri, komuniti sendiri. Semua penghasilan dari perladangan, perusahaan, perniagaan, restoran semua menjadi dana berpusat yang ditadbir bersama sesama ahli Kibbutz.

Lebih 200,000 robot pembersih kolam keluar dari kilang Maytronics pada tahun 2015. Ini salah satu dari perusahaan yang menjadi sumber pendapatan Kibbutz ini. Produk ini dipasarkan di seluruh dunia.

Pendidikan formal dalam Kibbutz seperti kelihatan tidak formal. Gayanya sangat santai kerana lebih kepada penyelesaian masalah dan bukannya baca-bacaan dan hafal-hafalan.

Perkhidmatan dobi, tukang gunting rambut, bengkel, restoran, khidmat elektrik, kedai serbanika, perpustakaan, sekolah semuanya PERCUMA di dalam Kibbutz. Sama seperti dalam sistem komuniti Nabi Muhammad yang kekayaannya berpusat dalam satu baitulmal. Tetapi setiap ummat dicukupkan semua keperluan. Dana yang ada digunakan betul-betul untuk pembangunan.


Nak risau apa, pendidikan terbaik berada dalam Kibbutz juga semuanya percuma. Yang mengajar dan yang diajar semuanya ahli Kibbutz. Seperti abang mengajar adik, ibu mengajar anak. Mahu risaukan apa lagi? Dalam model Kibbutz tradisional, semua yang bekerja di Kibbutz dari kanak-kanak 2 tahun sehingga CEO semuanya tidak bergaji.

Dalam Kibbutz, segala keperluan asas dilengkapkan. Keperluan dalaman menjadi asbab mereka menjadi pengeluar. Lebihan keperluan akan dijual kepada pasaran luas termasuk eksport. Semua yang diperlukan ada di sekitar.

Ini ialah generasi anak-anak Kibbutz moden yang juga masih tidak memiliki TV di rumah masing-masing. Mereka juga tidak bermain dengan tablet dan telefon pintar sekalipun bangsa mereka memiliki kebanyakan syarikat pengeluar telefon pintar dan perisiannya di dunia.

Di Kibbutz Lotan apabila tiada gajet digital dalam kelaman jejari anak-anak ini, mereka mampu menjadi kreatif mencipta keseronokan tersendiri dan mula mencipta. Mereka juga sangat hebat dalam interaksi sesama rakan. Pada umur cukup matang sahaja mereka dibenarkan memiliki gajet digital untuk tujual pembangunan komuniti.

Kibbutz menyediakan semua rumah-rumah dalam komuniti mereka secara percuma semenjak 1909 sehingga ia diswastakan. Untuk ahli Kibbutz, mereka tidak perlu membayar sewa rumah.

Aiskrim ini percuma untuk ahli Kibbutz tetapi untuk orang luar yang bukan ahli Kibbutz, mereka membayar dengan harga pasaran.


Kami lebih memahami konsep ini kerana di Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP), kami mengikuti model Rasulullah S.A.W yang bermula dari rumah Arqam bin Abi Arqam (bukan gerakan Arqam) sehinggalah komuniti Islam di Madinah sebelum berkembang di seluruh sudut alam besar ini. Di RPWP, semua di atas berlaku kecuali di Kibbutz mereka tidak tekankan akhlak dalam hubungan sesama manusia. Seks bebas adalah perkara biasa di Kibbutz yang penting anak tidak digugurkan. Anak menjadi aset Kibbutz tanpa mengira status anak itu haram ataupun halal.


Inilah jemaah trip Rarecation ke Baitulmaqdis yang menjadi rombongan kembara ke Palestine dan Israel yang pertama ke Kibbutz.



Sebab itu bila orang ke Baitulmaqdis hanya 3 hari sahaja sebelum pergi mengerjakan umrah, pada Rarecation, ada banyak perkara tidak dapat kita pelajari dari sejarah di sekitar Baitulmaqdis itu sendiri dan bagaimana kepintaran orang Yahudi ini terbina secara sistemik dalam Kibbutz. Satu minggu kami di sana, penuh explorasi untuk mereka yang mahu buka mata menjadi ibu bapa dan anak-anak yang hebat. Sebab itu kami boleh sampai ke Kibbutz di mana tiada trip dari Malaysia yang ke sana. Kami juga sempat melihat artifak dan kesan sejarah SEMUA NABI-NABI ada di Jurusalem. Kami juga sempat tahu kenapa Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W bersabda jika dapat kuasai Jurusalem, kita dapat kuasai dunia. Ada sebab besar untuk kami tunjuk sendiri depan anda semua. Jika sudi ajakan kami ke Jordan dan Baitulmaqdis termasuk ke Kibbutz, sila klik SAYA MAHU KE BAITULMAQDIS. BANGSA PENGEMBARA Baitulmaqdis

*Trip bulan April ini bersama Tuan Haji Saiful Nang, Jurugambar diRaja Sultan Kelantan dan Brunei. Tutup mata, anda tahu gambar anda pasti hebat pulang nanti dari trip.


14,743 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf