Search
  • akmalalamshah

Fahami maksud hamba Allah ini selepas pulang dari Kota Mekah.



Ibadah kepada Allah adalah simbol pengabdian diri sebagai bukti keimanan dan tanda ketaatan. Secara zahir, penghambaan diri kepada Allah secara total (kaffah) dengan melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Sama ada SUKA mahupun TERPAKSA ia adalah satu bentuk pengabdian diri untuk mendapat KEREDHAAN ALLAH. Tiada istilah ambil apa yang kita suka, tinggal apa yang kita tak mahu. Ambil perintah solat, tinggal perintah zakat. Hanya ambil apa yang senang, yang susah kita buang.

Ini adalah cerita TUAN dan HAMBA. Yang MEMERINTAH dan DIPERINTAH. Antara PENGATUR dan yang DIATUR. Siapa DI ATAS, siapa DI BAWAH?

Kita kena faham dulu maksud menjadi seorang Muslim yang hari ini ramai yang mengaku Islam tetapi hanya dianuti secara pewarisan, melalui darah daging. Senang sebut kita ni orang Islam tapi sudahkah kita jelas, di mana kedudukan kita di sisi agama?

Sejauh mana keislaman (penyerahan diri) kita kepada agama? Kepada Allah? Kepada peraturan yang ditetapkan-Nya?

Walaupun tiada paksaan dalam beragama (cara hidup/sistem) Islam tetapi apabila kita sudah beraqidah, (berakad, bersyahadah) dengan MENGIKAT DIRI KITA DENGAN TALI ALLAH maka secara 100% kita adalah orang yang telah berserah diri kepada sistem (aturan/deen/agama/cara hidup) Allah itulah gelaran bagi seorang MUSLIM (yang menyerah diri/tunduk/akur kepada peraturan Allah.



Misi ibadah kita ke tanah suci Mekah adalah satu proses pembersihan jiwa, penyucian diri dan program untuk mengenal kembali ‘agama’ yang ‘lurus’. Kehidupan kita di dunia yang sentiasa disibukkan dengan urusan kerjaya, mencari harta, mengejar pangkat, mengumpul aset, membina status dan jenama agar dikenali manusia, dalam masa yang sama kita berbangga-bangga dengan segala amalan ritual ibadah, terkejar-kejar ke sana sini dalam mengimbangi urusan akhirat dan duniawi.

Sehingga tanpa sedar kita ni terlalai, terleka, terlupa dan alpa sampai MENCAMPUR ADUKKAN YANG BAIK DAN YANG BURUK dalam amalan kehidupan kita.

Dalam kita bersedeqah, aurat kita terdedah. Dalam beramal jariah, kita dok makan rasuah. Dalam kita berkopiah dan berjubah, kita masih mengikut nafsu serakah. Dalam kita dok sibuk berdakwah, kita lupa anak isteri kita di rumah. Dalam kita solat dan berzakat, kita juga berzina dan berkhalwat. Dalam kita mengaku umat Muhammad, tapi hidup macam Sajat.

Jadi perjalanan kita ke Kota Mekah bukan sekadar satu pelancongan ibadah. Yang kaya (bukan semua orang) berkali-kali mengerjakan umrah sampai dah tak rasa lagi tujuan beribadah. Lebih kepada rehlah (bercuti) bukan nak kembali kepada Allah.

Fahami tujuan kenapa kita ke Makkah.



Baru senang ilmu nak masuk, membelah dada untuk kembali kepada fitrah.

Shauqi Hasan Mutawif Rare @ t.me/notamutawifrare

31 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf