Search
  • akmalalamshah

CEO Syarikat Pelancongan akhirnya dibawa ke muka pengadilan.


Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat pelancongan direman selama tiga hari bermula hari ini selepas dipercayai terlibat penipuan pakej pelancongan tidak wujud membabitkan kerugian berjumlah RM2 juta.


Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kajang, Sharifah Fazilah Zulkifli bermula hari ini sehingga 17 Februari depan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika disabit kesalahan.


Menurut sumber, suspek yang berusia 34 tahun ditahan di pejabatnya di Taman Kajang Sentral pada pukul 11.55 pagi semalam selepas menerima laporan daripada seorang pengadu yang juga mangsa penipuan suspek.

Akhbar ini juga melaporkan, impian kira-kira 120 individu untuk menikmati percutian ke benua Eropah lebur selepas mereka terkandas di KLIA, Sepang pada 9 Februari lalu.


Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/ceo-syarikat-pelancongan-direman-1.840864

Berita ni sukar kita gambarkan kerana syarikat yang mempunyai sebanyak 390,000 likers, boleh terlibat dengan kes sebegini. Sebagai salah satu pengusaha di dalam industri yang sama juga, kami harapkan syarikat ini dan semua yang terlibat akan cuba untuk memperbaiki kesalahan dan mencari penyelesaian yang terbaik.






0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf