Search
  • Syibli

Arab Saudi struktur semula caj haji, visa transit, umrah


Jemaah Haji Rarecation 1440 H bergambar kenang kenangan dari depan pintu King Abdul Aziz

Alhamdulillah, berita baik dari Arab Saudi mengatakan tiada lagi caj untuk jemaah yang ingin mengerjakan umrah kali ke 2. Namun diharap semua perlu bertenang kerana pengumuman ini akan mengambil masa untuk perlaksanaan sepenuhnya. Apa pun kita doakan agar pengumuman ini disegerakan perlaksanaannya dan memudahkan ramai sahabat,saudara mara kita yang tertangguh hajat untuk menunaikan umrah kerana caj sebelum ini.

Berikut merupakan petikan asal berita dari utusan online :


KUALA LUMPUR 9 Sept.- Penstrukturan semula kadar caj haji, visa transit dan pembatalan caj umrah bagi kali kedua dalam tempoh tiga tahun mampu meningkatkan jumlah kedatangan umat Islam seluruh dunia ke Mekah.


Memetik laporan Arab News, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Mohammed Salih Bentin berkata, keputusan itu juga menunjukkan kehebatan pemimpin negara itu dalam membuat keputusan dan bersedia menerima peningkatan bilangan jemaah haji serta umrah pada masa akan datang.


Sehubungan itu, beliau mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota, Mohammed Salman dengan keputusan tersebut.



IKLAN

PAKEJ UMRAH BERSAMA RARECATION

”Hotel dekat 50 meter, penerbangan terus, fullboard dan pelbagai kelebihan lagi. Pakej bermula RM6850 untuk bilik berempat” Sila hubungi :

012 531 6898 (azli) / 013 523 1538 (Qistina)

012 531 6898 (azli) / 013 523 1538 (Qistina) 012 531 6898 (azli) / 013 523 1538 (Qistina)


Info penuh pakej umrah rarecation : www.rarecation.com/pakejumrah


“Keputusan kerajaan menunjukkan sikap kepemimpinan dalam usaha memudahkan kedatangan umat Islam dari seluruh dunia bagi melaksanakan haji dan umrah.

“Saya menyokong usaha untuk mencapai salah satu objektif terpenting dalam rancangan pembaharuan visi 2030, iaitu menerima 30 juta jemaah umrah pada tahun berkenaan dan memberikan mereka perkhidmatan hebat agar mereka boleh melakukan ibadat dalam keselesaan serta ketenangan,” katanya di sini hari ini.


Kerajaan Arab Saudi sebelum ini memperkenalkan skim baharu bagi kemasukan tunggal ke negara itu adalah 2,000 riyal (RM2,250).


Bagaimanapun, pengunjung yang kali pertama memasuki Arab Saudi untuk menunaikan haji atau umrah dikecualikan daripada caj berkenaan.-UTUSAN ONLINE

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf