Search
  • Qistina Khairudin

ABU DHABI TELAH MEMANJANGKAN TEMPOH SEKATAN BAGI EMIRATE DAN PERJALANAN ANTARA DAERAH DIBENARKAN


Tempoh sekatan bagi memasuki Emirate telah dipanjangkan selama seminggu dan Abu Dhabi telah mengumumkan kebebasan untuk merentas antara daerah bermula pada 23 Jun 2020.

Jabatan Kecemasan Krisis dan Bencana Abu Dhabi bersama Pegawai polis dan Jabatan Kesihatan Abu Dhabi telahpun mengumumkan bahawa semua penduduk Abu Dhabi dibenarkan bergerak antara daerah Abu Dhabi (Abu Dhabi, Al Ain dan Al Dhafra) dari 6 pagi, Selasa bermula pada 23 Jun 2020.

Pengumuman pelonggaran sekatan itu dibuat berdasarkan ujian yang dijumpai dengan kadar bilangan kes Covid-19 yang menunjukkan jumlah kes yang menjanjikan di Abu Dhabi.



Pada masa yang sama sekatan kemasukan Emirate dilanjutkan lagi selama seminggu dengan pengecualian untuk semua jenis barang dan surat dan juga pemegang permit. Kebenaran bergerak didalam Emirate selain dari waktu yang ditetapkan untuk program pensterilan nasional pada (10 malam hingga 6 pagi). Pergerakan pekerja masih lagi tidak dibenarkan dan memerlukan surat jika berkeperluan.

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf