Search
  • farouqfakhri94

9 TIPS TRAVEL PADA BULAN PUASA.

Updated: Mar 8, 2019



Mesti ada anda yang terpikir untuk travel pada bulan puasa tapi tak tahu bagaimana, ada juga yang takut kepenatan la, susah cari makanan halal la. Hari ini kita nak kongsi tips baik punya buat anda yang nak bercuti time bulan puasa. Manfaatkan dan share dengan orang lain juga untuk kebaikan bersama.



1. SAHUR YANG CUKUP

Okay maksud cukup ini bukan bermakna anda kena makan banyak tetapi makanlah makanan yang cukup khasiatnya, ada nasi, lauk dan sayur-sayuran atau buah-buahan yang boleh buatkan anda kenyang untuk tempoh lama. Jangan lupa juga banyakkan minum air kosong dan boleh juga makan vitamin untuk persediaan awal. Dan jangan sesekali lewatkan sahur sebab nanti makanan yang anda ambil juga tak tahu cukup khasiatnya.



2. BERJALAN DI PAGI HARI

Kalau anda berjalan di pagi hari lebih selesa kerana anda tak perlu mengadap matahari terik semasa siang hari, tak pasal-pasal nanti dahaga pula lepastu terminum air tanpa sedar, fuhh kenyang sebentar. Maka cadangannya pagi itu anda pergilah ke mana sahaja anda suka dan petang pula anda bolehlah duduk santai dalam bilik hotel sambil baca novel ke. Tapi ikut juga kepada sesetengah negara, ada negara pada paginya panas, siang pula redup, kena semak dulu lah cuaca sebelum anda fly. Time-time nak dekat buka puasa pula bolehlah anda keluar meneroka kawasan-kawasan yang enak untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Elakkan juga lakukan aktiviti extreme takut anda lebih cepat penat, tahan dulu, lepas puasa bolehlah kalau nak.



3. PERGI BERDUA ATAU LEBIH

Jika anda pergi seorang, anda akan rasa bosan dan ternanti-nanti waktu berbuka, keinginan untuk berjalan juga berkurangan dan anda akan lebih mahu spend time di bilik hotel ataupun masjid surau. Tetapi kalau anda travel bersama rakan, pergi ke sesuatu tempat itu akan jadi 2 jam tanpa kita sedar sebab banyak benda nak cerita dan banyak gambar nak posing sampaikan nanti balik pun tak tahu nak pilih gambar mana untuk post sebab terlalu banyak. Pergi dengan rakan-rakan juga boleh bantu isi kekurangan anda dan kongsi kelebihan bersama contoh jika rakan anda dah ada pengalaman di tempat yang anda nak pergi, boleh jadi travel guide percuma.



4. BERCUTI DI NEGARA ISLAM

Ini paling senang jika anda nak tahan nafsu makan time puasa, macam negara kita juga, kalau kita jalan semasa lunch break masa puasa di kedai-kedai makan, kebanyakan tutup dan jarang nampak ada yang buka. Jadi anda tak perlu lagi risau takut time travel tergoda dengan makanan-makanan tepi jalan, boleh fokus je pada tempat yang anda nak lawat. Bukan itu saja, kalau anda nak cari juadah berbuka juga senang sebab mudah cari makanan halal berbanding negara Barat, nampak sahaja orang bertudung atau bersongkok masuk sesebuah kedai itu dah boleh agak kedai itu halal, takkan mereka nak masuk kedai yang jual arak pula kan.



5. TAHU WAKTU IMSAK DAN BERBUKA

Sebelum anda pergi travel, mesti kita akan buat jadual perjalanan dahulu nak pergi ke mana time di sana. Jangan lupa juga untuk semak waktu imsak dan berbuka untuk mudahkan anda plan trip anda, sebab ada negara imsak dan berbuka lebih awal dari di Malaysia, jadi kena la prepare cari juadah berbuka awal. Dalam masa sama, cari juga waktu solat dan save dalam telefon supaya tak tertinggal solat, almaklumlah seronok bercuti kan, kadang-kadang tak sedar waktu dah nak habis.


*IKLAN

Ikuti Kembara Awal Ramadan Ke Balkan Musim Bunga ini


28 April - 10 Mei 2019 (13 Hari 10 Malam)

Rm 9,120 setiap seorang kalau join berdua atau lebih


Pakej termasuk: 1) Flight ticket

2) Penginapan

3) Pengangkutan

4) Makan (half-board)

5) Insurans perjalanan

6) Sweater Rarecation

7) Gambar sepanjang trip

8) Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy


Itinerary penuh boleh rujuk link: https://www.rarecation.com/pakejbalkan

Atau hubungi 010-247 2730 untuk sebarang pertanyaan lanjut


KAPTEN RARECATION MERUPAKAN PROFESSIONAL PHOTOGRAPHER



6. BAWA BEKAL MAKANAN

Kita tak boleh expect kalau time di sana susah nak cari makanan halal, memang sebelum ini dah plan tapi kalau dah nak jadi, lebih baik prepare awal. Makanan tak perlulah terlalu banyak dan berat, kita juga tak nak beratkan bag packing kita, cukuplah sekadar air kosong, kurma, roti atau telur rebus. Tapi pastikan kita dah pack makanan yang berat sikit ke dalam luggage bag, contoh paling orang suka bawa mestilah tak lain tak bukan makanan favourite orang Malaysia, maggi. Jadi kalau time dekat luar dah penat cari kawasan yang ada makanan halal, balik hotel bolehlah hadap maggi.



7. PILIH PAKAIAN SESUAI

Dah nama pun bulan puasa kan, anda mesti tak mahu orang pandang pelik kalau anda pakai terlalu ketat & seksi, jadi pandai-pandai pilih pakaian yang menutup aurat dan sesuai, bukan perempuan sahaja malah lelaki pun kena ambil peduli hal-hal begini. Kena juga pilih pakaian ikut aktiviti yang anda nak buat, kalau rasa nak buat aktiviti extreme, tshirt dan seluar sukan pun dah cukup. Sesuaikan juga dengan cuaca, kalau panas pakailah nipis-nipis tapi kalau sejuk jangan pula anda bawa beberapa helai baju sahaja, belilah baju sejuk tebal, sememangnya mahal tapi untuk keselesaan anda juga.



8. KUNJUNGI MASJID TEMPATAN

Kalau dah ke negara orang, ambillah kesempatan ini untuk melawat masjid di negara yang kita lawati lagi-lagi negara yang kurang masjidnya. Masa bulan puasa macam biasalah setiap rumah Allah ini akan ada makanan-makanan percuma buat umat islam berbuka puasa tak kisahlah masjid ataupun surau. Rebut peluang ini untuk rasa macam mana buka puasa di Masjid di luar negara, perhatikan perbezaannya dari segi makanan, suasana, solat terawih dan penduduk di sana. Mungkin pengalaman ini boleh jadi moment terindah bulan puasa anda di sana.



9. BERCUTI DI NEGARA SEJUK

Kalau nak pilih tempat bercuti time puasa pilihlah negara yang tengah musim winter, jangan pilih yang musim panas, tak pasal-pasal dahaga teruk masa berjalan, kalau tempat sejuk sedap sahaja, tak rasa penat langsung. Yang lagi best, negara yang musim sejuk ini masanya lebih pendek berbanding negara musim panas. Kalau nak tahu perbezaan ini berlaku kerana negara-negara musim panas berlatitud tinggi ini siangnya panjang dan pada musim sejuk pula siang menjadi pendek. Jadi puasa di musim panas menyebabkan waktu berpuasa melebihi 18 jam dan kurang 10 jam sahaja pada musim sejuk.

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf