Search
  • Qistina Khairudin

9 APPS WAJIB ADA KETIKA TRAVEL

Updated: Jan 17



Dari pengalaman kami mengembara ke seluruh dunia, ini apps yang biasa kami gunakan ketika menggembara. Setiap satu ada kelebihannya, nak tahu baca penerangan pada setiap foto.


1. GOOGLE MAPS


Apps navigation terbaik sebab :

a. Boleh nampak landscape tempat yang kita pergi

b. Ada update keadaan trafik

c. Boleh save awal2 destinasi yang kita nak pergi, jadi tak perlu nak google masa travel

d. Boleh link dengan dekstop & mobile phone.


dan macam2 kelebihan lagi.



2. LIGHTROOM MOBILE


Ketika kami mengembara, pasti ribuan gambar akan kita ambil kan, tapi tak perlu pening2 nak organise dan edit sebab Lightroom ini MUDAH NAK ORGANISE GAMBAR yang kita ambil dan boleh EDIT GAMBAR YANG BANYAK DENGAN CEPAT.


Ada free version dan ada edisi yang berbayar. Yang percuma pun functionnya tersangat banyak dan bagus.

3. MULIM PRO


All in one apps untuk muslim traveler :

a. Ada waktu solat

b. Ada petunjuk arah kiblat

c. Boleh guna untuk cari KEDAI HALAL (fungsi ramai tak tahu ada dalam apps ini )

d. Ada Al Quran

e. Ada daily remainder.


Dan macam2 fungsi lagi. Ada yang guna apps ini juga? Kita 1 geng



4. GOOGLE TRANSLATE


Tak perlu pening dengan tulisan yang kita tak faham, google translate ada. Dan kalau macam tulisan korea / jepun / arab yang tak gunakan huruf rumi jangan runsing.

Tekan butang kamera dalam apps ini dan halakan sahaja ke tulisan yang ingin kita terjemah. Mudah sangat yang penting ada internet dan bahasa yang dipilih betul.

Jangan nak translate bahasa german pergi pilih bahasa rusia pula. Sampai kucing jiran sebelah bercucu pon tak akan dapat translate.


IKLAN


JOM SERTAI TRIP RARE KAMI KE EUROPE GOLDEN CIRCLE


TARIKH : 25 MARCH - 9 APRIL 2020


Perjalanan merentasi 7 negara dan destinasi tercantik di Eropah. France, Belgium, Netherlands, Germany, Austria, Italy & Switzerland. It’s a land travel experience, where destination just come 2nd.



CALL TERUS ATAU WHATSAPP

010-247 2730 (Syafiqa)


Untuk maklumat lanjut, click sini https://www.rarecation.com/pakejeuropegc



5. CURRENCY CONVERTER ( XE CURRENCY )


Takut terswipe kredit kad masa travel lebih dari gaji bulan depan atau bulan yang mendatang ? Iyalah currency tak sama, kadang2 nampak mahal tapi murah, yang bahaya currency yang nampak murah tapi sebenarnya mahal ya amat


Jadi guna apps currency converter ni mudah untuk kita semak. Lagi2 bila kita travel ke beberapa negara dan setiap negara ada currency berbeza seperti kembara ke Balkan.



6. WEATHER APP


Penting supaya kita bersedia dengan pakaian yang sesuai ketika travel. Terutamanya bila travel pada musim sejuk. Berbeza dengan Malaysia, kita cuma ada musim panas dan musim hujan sepanjang tahun, kadang2 adalah musim durian dan 5 tahun sekali musim pilihan raya


Di negara 4 season cuaca boleh berubah2 dan suhu boleh berubah dengan mendadak juga. Jadi dengan apps ni kita boleh bersedia lebih awal dengan perubahan cuaca dan juga boleh mengubah perjalanan mengikut kesesuaian cuaca nanti.


7. NETFLIX


Ok ini tak wajib tapi bagus juga ada, lagi2 kalau naik airasia yang tiada inflight entertainment. Bagus nya netflix berbanding streaming apps yang lain, netflix boleh di access hampir di seluruh dunia


Kalau pakai yang local punya, download punya banyak video lepas tu sampai luar negara tak boleh access, balik malaysia lah baru tengok.



8. SPOTIFY


Ini juga tak wajib, tapi bagus untuk membantu menceriakan perjalanan kita. Lagi lagi kalau kita travel dengan membawa kereta di negara yang tak cakap bahasa inggeris macam di europe


Letih nak dengar radio dia cakap german, cakap france jadi ada apps ni boleh lah nak karaoke lagu “mengantuk” didi and friends dalam kereta kan. Kalau nak mengubat hati orang tak bayar hutang nyanyilah lagu “hutang” floor 88.


9. SYOK / RADIO MALAYSIA


Ini pula kalau dah tak tau nak pilih lagu apa dan nak dengar ada orang berceloteh dalam kereta, boleh layan dua apps ni. SYOK dan RADIO MALAYSIA


SYOK ni untuk radio2 popular dan mainstream

RADIO MALAYSIA untuk radio2 yg kurang mainstream dan RARE jugak, macam BAPAKKU FM, Radio Nurul Quran DLL


Terima kasih kerana membaca sehingga habis. Jika ada app2 lain yang selalu u guys guna ketika travel boleh kongsikan disini.


Yang berjaya membaca sehingga habis, tahniah bangsa rajin membaca bangsa berjaya. Sila komen "saya baca"



265 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf