Search
  • akmalalamshah

8 TIPS NAK KENAL TRAVEL COMPANY MENIPU.

Updated: Feb 12, 2019



Berikutan kes hampir 300 individu kerugian hampir RM2 juta selepas pakej percutian murah yang mereka tempah dari sebuah agensi pelancongan di Kajang, dibatalkan saat-saat akhir, dua hari lalu, kami kongsikan tips untuk mengenal travel company menipu


Berita kes : LEBUR IMPIAN KE EROPAH



1. CHECK PNR ANDA SEBELUM BUAT BAYARAN PENUH. Biasanya sebelum berlepas dalam 1-2 bulan, nama kita akan dihantar kepada airlines dan mereka akan berikan kita PNR code. Kita berhak tanya kepada syarikat semasa mereka membuat tuntutan full settlement untuk diberikan nombor PNR. Once dapat nombor tu, boleh terus check dengan airines mana kita gunakan. Kalau pakej anda fake, nama anda tiada dalam sistem. Once kita tahu semua tips-tips ini, bolehlah sebar-sebarkan kepada yang lain supaya berhati-hati dan buat mesti dengan pengetahuan bukan sekadar main ikut-ikut orang sahaja.


Ini sahaja belum cukup untuk sahkan syarikat itu genuine. Sebab itu perlu scroll sampai yg ke-8.



2. BUKAN ONE MAN SHOW PUNYA COMPANY. Tahukah anda, merancang pengembaraan ialah kerja yang sangat rumit. Tak mungkin ada syarikat pengembaraan yang boleh buat one-man show kecuali mereka ialah backpacker yg buat trip dan ajak kawan-kawan ikut sekali. Kenapa tak boleh buat one-man show? Kerana pengembaraan yang proper memerlukan pembangunan produk, guide, pemasaran, financial, accounting, busines development dan banyak lagi. Kalau tidak, syarikat itu bukan syarikat yang proper dan kurang trusted.


3. BELUM TENTU KALAU BERDAFTAR DENGAN MOTAC TAK MENIPU Memang lesen ini satu merit untuk syarikat yg betul-betul serius. Bukan senang dapat lesen ni. Jarang sangat scammer nak apply lesen dulu baru jalankan scamming activities. Namun yang nak dinampakkan ialah syarikat pelancongan juga seperti manusia juga yang boleh ditipu. Kadangkala bukan syarikat itu nak menipu tetapi disebabkan mishandling tadi syarikat jadi tidak upaya untuk teruskan trip dan tidak upaya juga nak beri refund. Mungkin bukan mereka nak menipu tetapi mereka juga ditipu oleh supplier mereka. Jangan hanya lihat pada LESEN Akta Industri Pelancongan tetapi lihat secara serius track record syarikat yang NYATA.


4. KENALI CEO SYARIKAT (INI GAMBAR HIASAN) Maaf boss pakai gambar. Apapun, penipu jarang-jarang tayang muka mana-mana dengan alasan LOW PROFILE. Sekali tersontot, mereka hilang dulu dengan duit-duit semuanya dan staff di ofis sahaja nak kena mengadap perusuh-perusuh yang dah 12 bulan masih tak dapat refund trip Batam. Markah lebih tinggi jika boss syarikat itu orang yg dikenali masyarakat kerana semestinya org yg dikenali masyarakat akan sentiasa menjaga nama baiknya. Kebarangkalian mereka nak kelentong itu sangat tipis. Tengok muka pun ada cahaya keimanan (bodek boss).


5. KALAU "TOO GOOD TO BE TRUE" MEAN IS NOT TRUE. Kalau pakej pergi umrah RM3500 sedangan flight sahaja dah harga RM3300 tak boleh kurang. Tak masuk hotel lagi, makan minum, duit visa dan kemudian boleh cakap ADA ORANG KAYA SEDEKAH sebagai alasan. TANYA betul-betul siapa orang kaya itu. Penerima WAJAR tahu pemberi sedekah, jangan pemberi sedekah yg announce yg tu FAIL sedekah dia. Kalau dah tahu penderma, TANYAKAN betul ke tak mereka derma dan bukti pendermaan. ATAU LEBIH MUDAH, anggap sahaja semua tu mimpi belaka. HATI-HATI DENGAN PAKEJ MURAH Bukan semua pakej murah itu penipu tetapi kalau pakej terlalu murah, biasanya margin syarikat sangat sedikit. Itu bermakna akan berlaku banyak additional selepas itu. Satu lagi, mereka juga ada masalah untuk buffer apabila berlaku kenaikan kadar tukaran matawang. Perkara ini sangat mudah terkucil dan akhirnya syarikat jadi rugi kalau teruskan, tapi jika tak mau teruskan nanti duit dah rolling pada trip lain pula. Kebarangkalian untuk mishandling dan hidden cost pada trip murah ini sentiasa tinggi. Bukan kita nak pilih yg mahal, tapi yang reasonable.



6. CHECK TRACK RECORD SYARIKAT PENGENDALI Banyak cara nak check track record syarikat pengendali. Pertama tengok website mereka seperti dalam tips ke-7 tadi. Antaranya... 1. Ada recommendation dari kawan-kawan 2. Bertanya dari bekas peserta / tak rugi stalk komen bekas peserta dalam fb dan kemudian PM terus tanya. Jangan tanya company memang semuanya BEST sahaja. 3. Jangan tanya hanya 1 bekas peserta sahaja, tanyakan yg lain-lain juga. Tak semestinya dalam 1 trip semua orang akan SERONOK. Ada juga orang yg tak puas hati sana sini. Selagi nama manusia, tak boleh puaskan hati semua orang/ 4. Dalam website mereka mesti letakkan GALERI GAMBAR bekas-bekas peserta mengikut nombor trip mereka. Susah nak faham, tengok contoh begini https://www.rarecation.com/galeri Google nama atau jenama syarikat. Dan study apa yang keluar dalam carian. Hati-hati, ada juga review yg kurang elok tapi tak semestinya mereka tak elok. Baca juga review yang elok-elok.



7. ADA WEBSITE DAN UPDATED BUKAN SENTIASA UNDER CONSTRUCTION. Ini tips kedua untuk kita selidih kesahihan sebuah syarikat pengembaraan. Ambil mana-mana bahagian website yang ada text dan COPY dalam 3 line ayat kemudian PASTE dalam google search. Jika ada jumpa yang seumpamanya dalam mana-mana laman web lain, kemungkinan syarikat itu tak genuine. KENAPA? Tak ada penipu rajin sangat nak construct pakej dan copywriting mereka sendiri di dalam website. Kebanyakan hanya copy paste content orang sahaja. Mereka pandai, tapi kalau kita kena tipu...kitalah yg bodoh.



8. ADA OFFICE YANG PROPER DAN BUKAN BEROPERASI DI KEDAI-KEDAI MAMAK ATAU DI BAWAH POKOK. Ini tips ke-8. Pastikan syarikat pengembaraan yang nak kita sertai tu bukan beroperasi bawah pokok atau di kedai-kedai mamak. Ambil masa untuk lawat establishment mereka di premis mereka sendiri. Kadang-kadang signboard ada tapi dalamnya kosong. Ini hanya sebagai salah satu langkah sahaja. Kalau scammer, mereka dah bawa lari berjuta...sanggup tinggal ofis sahajapun. Nak scam orang, siap buat office atau sambung sewa ofis orang yg dah quit. KALAU TINGGAL JAUH DARI OFIS, NAK BUAT MACAMANA? 1. Tanya kawan-kawan dekat tolong recce kewujudannya betul ke tak? 2. Tengok FB live mereka, kalau buat kat ofis boleh percaya sikit tapi kalau asyik buat bawah pokok, kena ragu sikit. 3. Baca juga testimonial orang SECARA LIVE dalam fb mereka. Bukan sekadar baca, tapi klik terus profil mereka dan hantar mesej tanya "Company sekian sekian ni BEST tak dulu akak join?".


IKLAN

Mesti ramai tak sangka ini di Pakistan kan, betul Pakistan memang cantik. Tekan pada link ini jika berminat nak merasa breakfast dengan pemandangan gunung macam ini :


PAKEJ KE PAKISTAN

4,753 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf