Search
  • farouqfakhri94

8 TIPS NAIK FLIGHT DENGAN BAYI.

Updated: May 22, 2018



Ini tips kami kongsikan bagi yang ingin travel dengan anak yang masih kecil.

Bagi ibu bapa yang baru mempunyai anak pertama atau ada anak yang masih kecil. Sebaiknya travel ketika anak masih kecil, terutamanya umur 2 tahun ke bawah, kerana anak kecil ini lebih mudah di uruskan, kurang ragam dan pastinya pakej anak kecil ini lebih menjimatkan.



1. FLIGHT MALAM

Jika ada pilihan, cuba ambil flight malam kerana waktu ini waktu untuk anak-anak kita tidur. Jadi kurang waktu berjaga kurang ragamnya.

Tapi jika waktu anak anda tidur adalah petang, maka pilihlah flight yang sesuai dengan waktu biasa anak kita tidur ya.




2. PAKAIAN MUDAH Pilih pakaian yang mudah untuk kita tanggalkan dan gantikan. Di dalam flight ruang kita dah lah kecilkan, jangan mengada-ngada nak dress up anak jadi elsa frozen. Ambil pakaian yang mudah -mudah sahaja, sebaiknya yang berbutang banyak bukan shirt, lebih mudah di tanggalkan.




3. LUPAKAN STROLLER Betul elakkan membawa stroller, sebaiknya gunakan "baby carier" sahaja. Mudah nak bergerak dan kurang risiko tertinggal. Sementara anak kita masih tak begitu berat, less than 5- 9kg, boleh lah nak menggendong. Kalau bawa stroller karang ada yang kene masuk oversized luggage kalau stroller besar sgt dan satu hal lagi nak menyimpan dn nk membawa dengan beg2 pakaian yang lain, dengan carrier kita ada free hand. Jangan takut berat, suami kan ada.




4. FLIGHT SEAT Jika ada pilihan , pilih lah tempat duduk di paling hadapan sekali yang ada ruang untuk "baby bassinet", boleh request pada airlines utk dapatkan bassinet. Tapi tempat duduk ini sangat sangat terhad. Jika tak dapat, pilihan seterusnya adalah tempat duduk sebelah laluan atau "aisle". Ini memudahkan untuk kita keluar masuk ke tandas juga mempunyai ruang lebih di sisi kita. Tapi bagi anak yang sudah pandai mencapai, HATI-HATI takut bila makanan di edarkan, takut tangannya mencapai makanan panas.




5. PULL UPS Sepanjang trip jangan gunakan pampers biasa, pilih jenis "Pull ups" yang macam seluar tu. Tarik je terus utk pasangkan, pantas kerja kita untuk menukar.




6. BAWA MAINAN Bawa mainan kegemaran nya, ini wajib untuk memastikan anak kita tidak bosan.




7. AIR PRESSURE Bila kapal terbang sedang berlepas, pastinya air pressure akan membuatkan kita tidak selesa, rasa telinga nak meletup kan. Begitu juga untuk anak kita, salah satu tips untuk mengurangkan ketidakselesaan adalah dengan menyusukan anak pada waktu ini. Pergerakan mulut akibat tindakan menyusu akan membantu mengurangkan tekanan pada telinga. Sama seperti kita, mengunyah chewing gum.




8. SABAR Dan tips yang terakhir, BANYAK BANYAKKAN BERSABAR.

Bawa anak ni memang kita kene bersabar, walaupun dah bersedia dengan 1001 tips, tapi ragam anak ni, ikut dia lahkan, waktu nak berlepas lah baru dia nak "ek ek" sudah sabar dulu dengan "bau", flight dah steady baru boleh tukar pampers. Dan di nasihatkan juga bagi yang travel, lepas tu ada bayi dalam flight bersama, walaupun bukan bayi kita, tapi sama-samalah bersabar ya. Jangan komplen, apelah anak dia ni tak reti duduk diam masa flight, nangis jer... eh eh macam ko masa kecik tak pernah menangis kan. Anak anak ini amanah, bukan sahaja amanah ibu bapa tetapi amanah kita juga sebagai fellow traveller. Sama-sama bantu keluarga yang membawa bayi ini. Kita bantu orang, orang bantu kita di kemudian hari.

Ok semua ibu bapa, di harap tips ini dapat membantu untuk menaikkan semangat traveller anda. Jangan kerana ada anak kecil dah tak nak travel. Travel lah ketika anak masih kecil kerana ragamnya tak susah dan kosnya lebih rendah.

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf