Search
  • akmalalamshah

8 Makanan Yang Perlu Anda Elak Sebelum Menaiki Kapal Terbang


Sebelum mengharungi perjalanan jauh menaiki kapal terbang, perkara pertama ramai yang lakukan adalah makan. Tak hairanlah dimana-mana lapangan terbang sekalipun, tempat tumpuan sudah tentu kedai makanan.

Kalau risau orang sebelah tak selesa dengan bau yang dikeluarkan disebabkan makanan yang kita makan sebelum ini, elakkan makan atau minum 8 makanan dan minuman ini.


1. Bawang


Baik bawang besar, mahupun bawang putih, kurangkan. Adakalanya kita tak perasan, sebagai contoh, bawang dalam burger misalnya. Walaupun kuantitinya sedikit, ia akan membuatkan nafas kita berbau.


Nafas berbau disebabkan bawang ni, hanya akan kembali normal selepas 24 jam.

2. Buah buahan kering


Ramai yang tak sedar tapi ada kandungan dalam buah-buahan kering yang boleh menyebabkan kita diserang asma. Asma ni bukan nama orang, ini asma yang susah nak bernafas tu. Dah lah berada di dalam tekanan tinggi, kurang oksigen, kena serangan asma pulak, memang kombinasi yang perlu dielakkan.

3. Kopi


Kopi mempunyai kaffein yang sangat tinggi sehingga mencecah 475 miligram kafein. Kalau penerbangan 2 jam, memang korang akan kerap ke tandas dan dah tentu susah nak tidur.

Selain susah nak tidur, kopi akan menyebabkan korang berasa pening dan mengalami kekejangan otot jugak. Jadi kalau nak kena kopi jugak, ambillan beberapa jam sebelum penerbangan.

4. Kacang dan Peanut Butter


Kacang merupakan snek yang kadangkala dihidangkan dalam penerbangan, namun tak ramai yang tahu sebenarnya untuk mereka yang ada alahan teruk terhadap kacang, bau kacang pun akan memberikan mereka tak selesa.


Kalau korang ada elergi pada sesuatu bahan, bagitahu pramugara yang bertugas.

5. Sandwich


Kebanyakan sandwich yang disediakan, terutamanya untuk sarapan adalah mengandungi kandungan garam yang agak tinggi.


Selain boleh menaikkan tekanan darah, keadaan ini tidak membantu dalam suasana tekanan udara yang tinggi dan bekalan oksigen yang kurang di dalam penerbangan.

6. Minuman berkabornat


Sekiranya anda mempunyai masalah pernafasan atau masalah paru-paru, elakkan minuman bergas sebelum penerbangan kerana akan mengalami kesukaran untuk bernafas dalam keadaan tekanan yang tinggi semasa penerbangan.

7. Popcorn


Biasanya popcorn ia dibungkus dengan bungkusan plastik dan ini mengeluarkan bunyi yang agak menganggu penumpang lain. Tak cukup dengan itu, popcorn akan membuatkan tangan korang melekit dan kalau ia berbau kuat, mungkin ada penumpang yang akan mual dan tak selesa.

8. Durian


Tak dapat dinafikan, durian sangat sedap. Tapi kita kena ingat, bukan semua orang boleh terima dan bau durian. Ada yang akan muntah dan sekiranya nafas korang yang berbau durian, lagilah orang sebelah tak selesa. Manganggu tau.


Secara logik nya, dalam penerbangan yang tiada pengudaraan yang cukup, sedikit bauan pun akan menganggu dan menyebabkan penumpang lain tidak selesa. Jadi kalau boleh elakkan makan makanan semasa berada dalam penerbangan.

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf