Search
  • farouqfakhri94

7 TIPS MUDAH MOHON CUTI SUPAYA BOS TAK MARAH



Takut cuti tak di luluskan ? Cuba guna tips yang kami berikan ini. Ini bukan tips bodek bos tapi tips praktikal yang akan menyenangkan hati bos untuk menghalalkan percutian anda. Jadi tak perlulah gunakan kuota M.C untuk bercuti.




1. MOHON CUTI AWAL

Penting untuk merancang percutian awal, mudah untuk bos nak susun perjalanan syarikat mengikut man power yang ada. Tapi fahamlahkan masalah nak mohon cuti awal ni, tunggu kawan sana lah, tunggu kawan sini lah, tunggu kawan situ lah, akhirnya terpaksa mohon cuti last minit, mana bos tak hangin kan.

Senang cerita, tak perlu tunggu kawan nak bercuti, cari jer kawan baru ketika bercuti nanti. Pejam mata pilih trip yang berkenan di hati , kemudian mohon cuti lebih awal.



2. JANGAN CUTI WAKTU PUNCAK Jangan lah mohon cuti waktu ofis tengah super busy. Setiap syarikat ada waktu puncak berbeza, yang terlibat dengan finance tak boleh kacau akhir dan awal bulan. Yang kerja restoran tak boleh kacau waktu cuti sekolah. Kerja butik, tak boleh cuti waktu bulan puasa. Jadi kalau dah kerja lebih 1 tahun di sebuah syarikat, pastinya tahu bila waktu dan bulan yang sesuai untuk ambil cuti.



3. JANGAN LUPA REMIND BOS Bos ni dalam kepala otak dia ada banyak perkara dia nak fikir, gaji korang, pendapatan syarikat, masa depan staff, LHDN, kwsp dan pelbagai perkara lagi. Jadi cuti korang adalah perkara paling kurang dia ingat dalam kepala. Oleh itu dah minta cuti awal, remind sekali sekala tarikh cuti tu pada bos supaya dia ingat dan tiadalah dia nak kanselkan cuti korang last minit kan. Tapi janganlah remind setiap hari, setiap malam hantar wassap, bos saya cuti sekian2 tarikh. Kalau dah tiap2 hari , tiap2 malam remind cuti ini bukan nak suruh bagi cuti tapi macam nak suruh korang berhenti kerja terus ni.



4. JANGAN CUTI WAKTU ORANG LAIN CUTI Ini penting, masa orang ramai bercuti jugaklah korang nak ambil cuti. Habis kat ofis siapa yang ada, bos dengan kerusi meja sahaja. Baik tutup ofis terus. Semak dengan HR,bila kawan sekerja korang akan bercuti. Elakkan ambil tarikh yang sama, mudah cuti nak di luluskan. Walaupun waktu tersebut banyak public holiday, tapi korbankan sedikit cuti kerana bercuti waktu public holiday ni sebenarnya waktu puncak, jadi kos percutian tinggi. Jadi simpan cuti untuk bercuti waktu orang lain tak bercuti, destinasi percutian pun tak ramai orang dan kos lebih rendah.



5. SUSUN KERJA DENGAN BAIK Keywordnya adalah, walaupun kita pergi bercuti operasi syarikat tidak terjejas. Bagaimana ? pastikan kerja yang urgent telah di selesaikan sebelum bercuti. Kemudian kerja yang perlu di hand over diberikan pada rakan sekerja dalam keadaan ofismate boleh buat kerja. Jangan esok nak bercuti, hari ini baru nak handover kerja pada ofismate dengan mind set, pandai2 kau lah labu. Sebab bila ofismate kita tidak menjalankan kerja yang kita berikan dengan baik, maka bersedialah untuk menghadapi neraka bila balik dari bercuti. Jika ofismate cemerlang dalam melaksanakan tugas ketika kita sedang bercuti, maka kita balik bercuti pun masuk ofis dengan tenang, sambung tugas kerja dengan lebih mudah.



6. JADI PEKERJA YANG BAIK Bukan kaki bodek mahupun kaki kipas panasonic, tapi bekerja dengan melaksanakan amanah kerja yang diberikan dengan baik. Kalau kerja pun bagus, hari isnin atau jumaat jarang MC, tak banyak politik dalam ofis, membawa hasil yang baik pada syarikat. Maka mudah sebenarnya bos nak berikan cuti, kalau bekerja pun tak berkira, biasanya bos pun tak berkira bila nak mohon cuti.



7. AJAK BOS BERCUTI Ini antara tips terbaik yang banyak dah Rarecation terima. Dia ajak bos bercuti dan terus buat company trip sekali, bukan saja dapat bercuti tapi dapat bercuti dengan percuma. Tunjukkan sahaja galeri foto rarecation pada bos anda. Ramai bos - bos yang suka buat company trip dengan Rarecation sebab balik dapat foto2 travel yang cantik menjadi semangat para pekerja untuk bekerja. Bercuti bukan untuk bermalas-malasan tetapi untuk memberi rehat yang baik pada minda dan fizikal agar produktiviti kerja semakin meningkat selepas bercuti.

2,418 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf