Search
  • farouqfakhri94

7 PERKARA UNIK TENTANG BALKAN YANG PATUT KITA TAHU.

Updated: Jan 31, 2019



Info yang sangat berguna sebelum anda pergi ke Balkan. Memang syahdu bila terkenangkan sejarah yang berlaku disana. Perang Balkan merubah segalanya. Semua perlu ke sana untuk melihat kesedihan yang melanda mereka hingga kini.



1. IBU TERESA Siapa sahaja yang tak kenal dengan Ibu Teresa, sebut sahaja nama semua orang tahu. Beliau terkenal di seluruh dunia kerana misi amal di India. Pada tahun 1979, beliau menerima Hadiah Nobel Keamanan dan ianya adalah perkara yang sangat mengagumkan. Tetapi adakah anda tahu tempat kelahirannya berada di Balkan iaitu di ibukota Skopje-Macedonia. Sebuah peringatan menandakan tempat di mana rumah keluarganya pernah berdiri juga terletak di pusat bandar Skopje.



2. PARACHUTES Kalau nak tahu parachutes dicipta di Balkan oleh Fausto Veranzio yang pada mulanya muncul dengan idea 'The Flying Man' atau 'Homo volans' yang merupakan idea asas payung terjun, yang dibangunkan dari lakaran Leonardo da Vinci.



3. HAIR CLIPPERS Dulu kaedah pemotongan rambut adalah secara tradisional, namun pencipta Serbia Nikola dari Balkan ini telah membuat revolusi dengan ciptaan barunya iaitu gunting rambut manual, yang juga dalam masa sama boleh jimatkan masa. Gunting rambut terdiri daripada kombinasi gunting dan pisau cukur, yang banyak dilihat di kedai gunting rambut dan salun di seluruh dunia hari ini.



4. SELF-PROPELLED TORPEDOES Torpedo adalah sebahagian daripada senjata tentera laut hari ini, dan konsep ini telah wujud selama berabad-abad. Pada abad ke-19, Croatian Giovanni Luppis mencipta torpedo sendiri. Idea ini adalah untuk mengemas bot yang penuh dengan bahan letupan dan menggunakan stim atau udara untuk bergerak ke arah sasaran. Tanpa revolusi ini dalam perang tentera laut, kecanggihan zaman moden yang kita miliki sekarang tidak akan wujud. yang unik dan banyak kisahnya.



5. EUROPEAN TRAMS Pengenalan trem ini adalah bermula pada tahun 1885. Operasi bermula subuh dan berlangsung sehingga senja, menjadikannya negara pertama di Eropah untuk memiliki trem 24 jam. Trem adalah cara yang mesra alam untuk memindahkan sejumlah besar orang dengan cekap, mengurangkan kesesakan dan pencemaran udara tempatan. Walaupun trem tidak sepenuhnya mesra alam, tetapi penggunaannya adalah lebih baik jika dibandingkan dengan bas.



6. FERHAT PASHA MOSQUE Masjid Fehrat Pasha ini kalau nak tahu adalah salah satu pencapaian terbesar seni bina Islam Uthmaniyyah di Eropah. Dikenali juga sebagai Masjid Ferhadija. Masjid inilah antara bangunan yang pernah dimusnahkan oleh pemberontak Serbia dahulu pada tahun 1993. Masjid pun mereka musnahkan, teruk betul!. Tetapi, Alhamdulillah kini Masjid ini telah dibina semula dan dibuka pada 7 Mei 2016 yang dilindungi oleh UNESCO. Yang menariknya, trip kita Rarecation juga akan menjenguk ke masjid ini dalam lawatan kita ke bandar Banja Luka, bukan sahaja dapat pergi tempat yang rare dan cantik, kita juga boleh melawat kawasan-kawasan bersejarah yang unik dan banyak kisahnya.



7. SARAJEVO TUNNEL – TUNNEL OF HOPE Dikenali juga sebagai Tunnel of Life, sebuah terowong bawah tanah yang dibina oleh Angkatan Tentera Bosnia semasa Perang Bosnia. Terowong inilah laluan yang memberi harapan kepada bangsa Bosnia dan Herzegovina untuk menyalurkan makanan dan bantuan semasa mereka tidak dibenarkan menentang tentera Serbia oleh United Nation dalam tempoh peperangan. Sedihnya bila baca kan. Ini lagi satu tempat unik yang akan kita singgah di Balkan, sememangnya tema kita Rarecation adalah untuk lawati kawasan yang rare serta cantik untuk bergambar. Malah setiap trip kita akan ada kapten yang profesional dalam bidang fotografi, maka kalau-kalau member tak pandai tangkapkan gambar, gambar senget & blur, sebab semua dah tersedia, itulah salah satu keunikan RARECATION.


Nak tahu info lanjut trip Balkan dengan Rarecation? Klik di sini, https://www.rarecation.com/pakejbalkan Atau boleh hubungi wakil kami di No. 010-2472730 untuk maklumat lanjut.

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf