Search
  • akmalalamshah

7 PERKARA UNIK DI KYRGYZSTAN


Kyrgyzstan adalah salah satu destinasi yang paling menarik untuk pengembara yang berani, pengembara dan pencinta alam semula jadi sekarang. Salah satu perkara yang menarik bagi kita tentang perjalanan di Kyrgyzstan ialah negara ini hanya membangun sebagai destinasi pelancongan jadi ia sangat mudah, murah dan mudah disambung dengan orang tempatan.


Kongsikan 7 perkara unik yang berada di kyrgyzstan yang harus anda tahu.


MARSHRUTKA LEBIH BANYAK DARI TEKSI


Di Kyrgyzstan, mereka mempunyai marshrutka dimana kita boleh naik, bayar tambangnya & turun di tempat yang dikehendaki. Apa marshutka ni?Marshrutka adalah sebuah van yang besar membuatkan penumpang duduk lebih selesa (kecuali kalau penuh la). Kalau penuh, ada yang kena berdiri. Tapi yang uniknya, kalau ada perempuan masuk, para lelaki harus berdiri dan memberikan kerusi pada perempuan.

AIR MINERAL BERGAS


Hati-hati dengan air mineralnya. Warga Kyrgyzstan sangat suka minum air yang bergas. Air mineralnya mengandungi kandungan gas seperti coca-cola tapi minuman bergas ni pula ada rasa sedikit pahit. Jadi, jika ada yang berhajat nak membeli air mineral, maklumkan pada penjual "big gaz" (bermaksud tanpa gas), baru dapat air mineral yang biasa.

KEHIDUPAN NOMAD Orang-orang nomad masih ramai mengembara di pergunungan Kyrgyzstan, yang tinggal berkelompok dalam khemah besar yang disebut dengan “Yurt”. Sekarang pengalaman unik ini dapat dirasai oleh traveller yang berminat menginap di yurt.

PEMANDANGAN UNIK Pergunungan Tian-Shan sangat terkenal di kalangan penulis dan produser kerana pemandangannya yang luar biasa khususnya setelah musim sejuk. Video game seperti Indiana Jones and The Infernal Machine dan Call of Duty: Modern Warfare 2 menggunakan tempat ini sebagai lokasi gambaran dalam gamenya. Danau Son-Kul di Naryn juga mempunyai pemandangan yang sangat menakjubkan yang hanya dapat dimasuki dari bulan Jun sampai September melalui jalan Sary-Kul.

POLO KAMBING MATI Orang Kyrgyzstan menyukai kuda kerana nenek moyang mereka yang melalui kehidupan nomad dan berrgantung pada binatang untuk bertahan hidup. Salah satu olah raga paling popular di Kyrgyzstan adalah Kok-boru atau Ulak-tartysh, iaitu permainan kuda yang dikenali sebagai “Polo Kambing Mati”. Dua team yang menunggang kuda bertarung/berjuang untuk mendapatkan kambing mati tersebut.


FIRST CLASS HIKES Hampir 90% dari mukabumi negara ini berbukit & melebihi ketinggian 1500m. Dari gunung Tien Shan ke Pamir di selatan negara ini, Kyrgyzstan menawarkan variasi da peluang untuk para pengunjung mencuba aktiviti hiking & trekking ini sambil disajikan pemandangan yang indah.disekitarnya.

MERAIKAN TETAMU Di Asia Tengah, masyarakat Kyrgyz sangat terkenal dengan keramahannya. Jangan terkejut jika sepanjang ber 'trekking', ada saja yang akan datang menjemput kita ke yurt untuk sama-sama menikmati teh, kumis (susu kuda), roti beserta "home-made jam & butter". Mereka sangat berbesar hati & akan menghidangkan pelbagai sajian traditional masyarakat Kyrgyz.


Untuk pengembaraan ke Kyrgyzstan bersama Rarecation kita akan pergi pada 27/8 - 6/9 2019. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sertai kami bersama Kapten dan Photographer yang handsome dan awesome.


Itulah 7 perkara yang unik di Kyrgyzstan. Banyak lagi tips travel akan kami kongsikan. Untuk makluman lanjut klik di sini https://www.rarecation.com/pakejkyrgyzstan

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf