Search
  • farouqfakhri94

7 PERKARA UNIK DI KYRGYZSTAN

Updated: May 3, 2018



Terletak di Asia Tengah, ramai yang tidak tahu tentang keindahan negara Kyrgyzstan ini. Negara yang mempunyai kebudayaan & tempat-tempat yang menarik, pasti akan meninggalkan memori indah buat para pengembara khususnya yang nak pergi dengan kami ke sana.



1. MARSHRUTKA LEBIH BANYAK DARI TEKSI Berfungsi seperti teksi namun setiap marshrutka ini mempunyai laluan tertentu dimana kita boleh naik, bayar tambangnya & turun di tempat yang dikehendaki. Apa marshutka ni?Marshrutka adalah sebuah van yang besar membuatkan penumpang duduk lebih selesa (kecuali kalau penuh la). Kalau penuh, ada yang kena berdiri. Tapi yang uniknya, kalau ada perempuan masuk, para lelaki harus berdiri dan memberikan kerusi pada perempuan.



2. AIR MINERAL BERGAS Hati-hati dengan air mineralnya. Warga Kyrgyzstan sangat suka minum air yang bergas. Air mineralnya mengandungi kandungan gas seperti coca-cola tapi minuman bergas ni pula ada rasa sedikit pahit. Jadi, jika ada yang berhajat nak membeli air mineral, maklumkan pada penjual "big gaz" (bermaksud tanpa gas), baru dapat air mineral yang biasa.



3. KEHIDUPAN NOMAD Orang-orang nomad masih ramai mengembara di pergunungan Kyrgyzstan, yang tinggal berkelompok dalam khemah besar yang disebut dengan “Yurt”. Sekarang pengalaman unik ini dapat dirasai oleh traveller yang berminat menginap di yurt.



4. PEMANDANGAN UNIK Pergunungan Tian-Shan sangat terkenal di kalangan penulis dan produser kerana pemandangannya yang luar biasa khususnya setelah musim sejuk. Video game seperti Indiana Jones and The Infernal Machine dan Call of Duty: Modern Warfare 2 menggunakan tempat ini sebagai lokasi gambaran dalam gamenya. Danau Son-Kul di Naryn juga mempunyai pemandangan yang sangat menakjubkan yang hanya dapat dimasuki dari bulan Jun sampai September melalui jalan Sary-Kul.



5. POLO KAMBING MATI Orang Kyrgyzstan menyukai kuda kerana nenek moyang mereka yang melalui kehidupan nomad dan berrgantung pada binatang untuk bertahan hidup. Salah satu olah raga paling popular di Kyrgyzstan adalah Kok-boru atau Ulak-tartysh, iaitu permainan kuda yang dikenali sebagai “Polo Kambing Mati”. Dua team yang menunggang kuda bertarung/berjuang untuk mendapatkan kambing mati tersebut.



6. FIRST CLASS HIKES Hampir 90% dari mukabumi negara ini berbukit & melebihi ketinggian 1500m. Dari gunung Tien Shan ke Pamir di selatan negara ini, Kyrgyzstan menawarkan variasi dan peluang untuk para pengunjung mencuba aktiviti hiking & trekking ini sambil disajikan pemandangan yang indah disekitarnya.



7. MERAIKAN TETAMU Di Asia Tengah, masyarakat Kyrgyz sangat terkenal dengan keramahannya. Jangan terkejut jika sepanjang ber 'trekking', ada saja yang akan datang menjemput kita ke yurt untuk sama-sama menikmati teh, kumis (susu kuda), roti beserta "home-made jam & butter". Mereka sangat berbesar hati & akan menghidangkan pelbagai sajian traditional masyarakat Kyrgyz.

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf