Search
  • akmalalamshah

7 perkara buruk jangan dibuat ketika travel


Bila dah sampai ke destinasi percutian, kita terlalu seronok sampai kadang terbuat sesuatu yang tak sepatutnya. Kadang-kadang tanpa kita sedar perkara tersebut telah menjadi kesalahan yang tak patut kita buat semasa bercuti. Yelah, dalam fikiran tu seronok sangat, yang salah pun kita buat.


Untuk post Rarecation kali ni, ada beberapa perangai buruk yang selalu dibuat ketika bercuti di luar negara. Haa mari kita baca satu persatu apa kesilapan yang selalu kita lakukan ketika travel.




KAKI HASUT / GENG NGUMPAT Ini pun satu masalah, dia tak suka dia ajak orang lain tak suka juga. Kalau ada masalah terus je beritahu tour leader atau person in charge agar masalah boleh di selesaikan. Bila jadi geng hasut menghasut untuk membenci ni elok lah GIMAM sesama.

KERA SUMBANG

Susah sangat nak menyembang, travel dengan group tapi buat hal sendiri sendiri, ambil gambar sendiri sendiri, ini macam baik travel sendiri.

BERKIRA Ini pun payah, Berkira sangat, beli barang sampai nilai sen sen pun nak berkira. Kalau makan tak nak berkongsi dan bila time angkat barang tak nak tolong, nak angkat barang dia sendiri jer.

PENGOTOR Kalau dapat sebilik dengan perangai macam ni memang HARU BIRU, pakaian dalam bersepah2, gigi tak nak gosok, stokin merata, baju main sumbat dalam beg.. ewww

KUAT MERUNGUT Dari KLIA sampai KLIA balik kerjanya meruuungut sahaja, kena ingat, ketika musafir ni macam-macam boleh jadi, bukan semua perkara yang kita nak akan dapat walaupun merancang dan book segala-galanya. Bila merungut ni, orang lain pun jadi stress dan kita pun kurang bersyukur dengan apa yang kita dapat. Dah kurangkan bersungut banyakkan bersyukur.

TAK MENEPATI MASA Perangai ni akan buat diri sendiri dan orang lain susah. Bila kita lambat, 1 group akan lambat dan kita dah menyebabkan orang lain susah. Dah lah lambat, minta maaf pun tiada. Orang macam ni elok kene tinggal dengan flight terus.

MEMILIH MAKANAN Dah travel di negeri orang, jangan lah nak memilih makanan sangat. Apa makanan yang ada makan, yang penting perut terisi dan boleh menikmati travel dengan gembira.


IKLAN


Trip ke Iceland antara trip yang paling awesome bagi yang nak menikmati kecantikan Aurora dan banyak destinasi wajib pergi di Iceland pada 13/3 sehingga 24/3 2019 , Jika berminat tekan pada Link atau foto dibawah ini :





0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf