Search
  • akmalalamshah

7 KESILAPAN BER "MOTORHOME" DI NEW ZEALAND.


Sekarang telah menjadi satu ‘trend’ dimana ramai orang Malaysia berminat untuk mencuba percutian yang berbeza dan menarik. Mereka lebih gemar memilih percutian yang tidak mengongkong, bebas bergerak kemana-mana dan tidak terikat dengan sebarang jadual.


Oleh itu Rarecation telah memilih motorhome sebagai pilihan terkini kerana memberikan percutian bebas disamping mencuba gaya percutian dalam motorhome.

Ni 7 kesilapan sebelum travel dengan motorhome di New Zealand.



1. MEMANDU PERLAHAN


Jika di Malaysia memandu perlahan itu antara perkara mulia dibuat walaupun jarang berlaku. Di New Zealand jika kita memandu perlahan dan menyebabkan ramai kereta beratur di belakang kita, maka bersedialah untuk di saman. Polis traffik New Zealand akan muncul entah dari semak samun mana dan menyaman anda.


Jika ada kereta berada di belakang kita, wajib untuk kita beri laluan untuk mereka memecut kita. Tapi ini tak bermakna boleh bawa laju tanpa had, kita masih perlu memandu laju mengikut had laju yang telah di tetapkan.

2. BAWA 1 ALMARI


Perlu di ingatkan, motorhome ni kecil, ini lah ruang tidur, ruang makan, ruang berehat. Tapi kalau masing-masing bawa 1 almari (alahai kemain besar lagi beg) nanti ruang tidur pun tiada. Beg yang tidur di atas katil, kita tidur luar.


Jika kita travel ke New Zealand dalam tempoh 10 hari, cukup bawa baju untuk 4-5 hari sahaja, kerana di setiap campsite ada mesin basuh dan dryer. Bila beg kita kecil baru lah boleh rasa motorhome luas.

3. HARI-HARI TIDUR CAMPSITE


Kebiasaanya bila menaiki motorhome, malam kita akan menginap di campsite/holiday park. Di campsite ini biasanya waktu untuk kita bersihkan air kotor, caj bateri motorhome dan menguruskan keperluaan motorhome.


Sebenarnya tidak wajib untuk tidur di campsite setiap malam dan rugi sebenarnya kalau tidur di campsite setiap malam. Biasa lokasi campsite ini jarang terletak di tempat yang cantik.


Bila kita buat wild camping, kita boleh tidur di bawah ribuan bintang dan bangun pagi di sajikan dengan sungai yang jernih, Fjord yang sangat cantik.


Jika kita travel 8 malam, elok ambil 2-3 malam untuk wild camping.

4. PULANG MOTORHOME DALAM KEADAAN KOTOR


Ini pun satu masalah atitude, dapat motorhome cantik dan bersih, maka wajarlah kita pulangkan balik dengan cantik dan bersih. Lepas ini orang lain pula nak guna .


Ingat jika kita pulang dalam keadaan kotor, akan ada caj tambahan dikenakan yang boleh tahan mahalnya Hanya kerana malas nak kemas, duit pun melayang.

5. BUANG AIR BESAR DI TOILET MOTORHOME


Betul motorhome ada toilet, tetapi toilet motorhome ini bukanlah macam toilet biasa. Segala penghasilan di toilet ini akan di simpan di dalam 1 kontainer di dalam motorhome.


Maka jika kita buang air besar di dalam toilet, maka akan berlakulah penyimpanan baja di dalam motorhome lantas menyebabkan 1 motorhome kita mempunyai bau pewangi semula jadi yang meloyakan.


Jika nak buang air besar, elok di campsite, atau di proper toilet di stesen minyak. Untuk buang air kecil di toilet motorhome boleh di maafkan.

6. TAK AMBIL INSURAN PENUH


Setiap pengendali motorhome ada menyediakan pelbagai insuran. WAJIB AMBIL INSURAN YANG COVER PENUH sebarang kerosakan atau kemalangan. Memang kos tinggi tetapi sangat sangat berbaloi dari terpaksa keluarkan duit sehingga 2000 - 6000 untuk ganti balik kerosakan yang berlaku.

7. BERHENTI DI TEMPAT YANG SALAH


Antara aktiviti wajib bila travel ke New Zealand adalah dengan berhenti di tempat yang cantik. Terdapat banyak tempat cantik boleh berhenti tetapi HATI-HATI, dalam keghairahan nak berhenti tu, pastikan kita parking di tempat yang selamat. Ada beberapa kes kemalangan akibat mereka yang berhenti di "blind spot" atau berhenti hingga makan jalan.

26 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf