Search
  • akmalalamshah

7 Fakta “awesome” tentang Iceland yang akan mengejutkan anda


ICELAND sememangnya unik dari kaca mata seorang pengembara yang tahu mengenai khazanah yang tersimpan pulau terpencil ini. Pualau yang dikenali sebagai Tanah Ais dan Api ini  sepatutnya tersimpan di dalam radar anda. Bagi yang pernah melawat ke Iceland mereka menggambarkan Iceland sebagai pulau yang magical. Keunikan Iceland sesetengahnya tidak terdapat di negara lain malah pelbagai misteri pembentukkan muka buminya sehingga kini menjadi persoalan para saintis. Apapun baca fakta menarik ini dan enjoy!


Team Rarecation 73 Iceland


1. Aurora Borealis

Iceland adalah salah satu tempat terbaik di planet ini untuk menyaksikan aurora di langit Utara. Tidak ada jaminan bahawa keadaan akan sesuai untuk melihatnya seperti pada mana-mana malam, tetapi Iceland berada di garis lintang optimum untuk mengalami Aurora Borealis, khususnya September hingga Mac.



2. Ratusan air terjun yang menakjubkan

Terdapat ratusan air terjun di pulau ini dan tidak semuanya mempunyai nama. Tak rajin rupanya orang Iceland ni nak beri nama. Skógafoss adalah salah satu daripada air terjun terbesar dan paling cantik di Iceland dengan lebar 25 meter (82 kaki) dan setinggi 60 meter (197 kaki).



3. Pasir pantai yang bewarna hitam

Menjadi tumpuan banyak filem sci-fiksyen, pantai pasir hitam memang lain dari yang lain. Bersesuaian dengan namanya, tiada pasir seumpama tepung seperti di Pulau Tioman yang ada hanyalah pasir hitam.Terletak di Vik, Iceland,pasir hitam sebenarnya ialah hasil campuran letusan lava gunung berapi dan lumut.



4. Musang Arctic adalah mamalia asal pulau ini

Musang arctic ini memang unik. Ia boleh mengubah warna bulunya mengikut kesesuaian musim. Ketika musim sejuk bulunya bewarna putih dan akan bertukar ke warna perang ketika musim panas.



5. Tiada McDonald’s atau Starbucks

Ia sesuatu yang menyegarkan berada di negara yang tidak mempunyai rangkaian popular yang terdapat hampir di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Mereka mempunyai McDonald’s beberapa tahun lalu, tetapi ia ditutup dan tidak mempunyai rancangan untuk membuka semula. Sebaliknya, anda dapat menikmati makanan tempatan dan minum kopi di kafe Iceland, yang menjadikan pengalaman perjalanan yang lebih baik.



6. Mereka makan ‘Skyr’

Skyr adalah produk tenusu yang dibudayakan di Iceland. Skyr secara teknikalnya dikelaskan sebagai keju, walaupun dianggap sebagai yoghurt. Ia telah menjadi sebahagian daripada makanan penduduk Iceland selama berabad-abad. Skyr mempunyai rasa tenusu yang sedikit masam, dengan sedikit rasa manis.Ia tinggi protein, kaya dengan kalsium, hampir lemak bebas dan cukup enak. Makanan ini mungkin menjadi sebab mengapa orang Iceland mempunyai jangka hidup terpanjang di dunia.




7. Tiada seekor nyamuk di pulau ini

Iceland adalah salah satu daripada beberapa tempat di Bumi di mana nyamuk tidak dapat hidup. Ia sebenarnya cukup membingungkan ahli biologi, kerana perosak-perosak yang menjengkelkan ini sangat produktif di negara jirannya iaitu Greenland.

29 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf