Search
  • akmalalamshah

7 Destinasi Wajib Kita Ke Balkan


Negara Balkan menyimpan pelbagai Khazanah terhebat di Eropah. Negara Balkan ini bermula dari Albania, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Macedonia, Montenegro, Romania, Serbia, Slovenia dan Bahagian Eropah Turki. Walaupun menyimpan Khazanah yang hebat, negara-negara ini sering di pandang sebelah mata.


Setiap satu negara ini mempunyai keindahan landskap, senibina dan sejarah yang tersimpan dari penaklukan dan peperangan yang berlaku. Walaupun kita menghabiskan beberapa tahun sekalipun kita tetap tidak dapat melihat kesemua khazanah di balkan ini.


Di sini kami kongsikan antara DESTINASI TERBAIK untuk kita lawati pada bahagian Utara Balkan yang boleh kita lawati dalam masa 13 HARI SAHAJA.



LAKE BLED


Pagi pagi kita menghirup kopi panas bersama nasi lemak menikmati Tasik terpencil di Slovenia yang terletak belatarbelakangkan banjaran Julian Alps. Keindahan tasik ini membawa kita ke alam fantasi, dengan kabus dingin seawal pagi, tasik seumpama cermin dan sebuah pulau kecil dengan gereja kuno yang masih belum di pastikan bila tarikh lahirnya.




PLITVICE LAKE 


Nikmati keindahan kicauan burung dan air terjun di Tasik Litvice yang mempunyai 16 tasik bersambung sambung dengan dereten air terjun yang tidak terkira banyaknya. Jum kita mengira sama sama. Haa


Jika dah tiba di Croatia tapi tak singgah di sini, maknanya belum sampai Croatia



ZADAR


Salah satu kota terbesar di tebing laut Croatia, kota ini mirip mirip kota di Itali. Di sini juga kita berpeluang berisland hoping di pulau sekitar Zadar menikmati keindahan laut Adriatic dan sekali sekala akan ada dolphin datang menegur.




VOGEL


Sebut betul-betul, ini salah satu gunung di Slovenia yang akan kita naiki dengan Cable Car dan nikmati keindahan landskap slovenia yang masih tersimpan indah umpama alam fantasi. Jika kita pergi musim sejuk, InsyaAllah salji menanti kita





KOTA MOSTAR


Tak sah jika kita tidak menyinggah di salah satu Masjid di Mostar ini. Bosnia merupakan antara negara islam Eropah. Masih lagi dalam pemulihan dari perang yang berlaku pada sekitar 12 tahun yang lalu. Di sini kita akan bersilaturahim bersama masyarakat islam di sini.





STARI MOST


Saksikan kehebatan senibina jambatan yang sudah berdiri lebih dari 400 tahun namun akhirnya musnah akibat perang. Kini sudah di baikpulih kehebatan Jambatan ini boleh dilihat semula. Bagi yang berani boleh terjun dari atas jambatan 79 kaki ini kee sungai Neretva.



VRELO BUNE 


Bersantai-santai sahaja di sungai kecil Bune ini. Terdapat kedai kopi di sungai yang keluar dari celahan batu ini. Keindahan landskap disini masih terpelihara.



Untuk maklumat lanjut, boleh klik link ini

Atau boleh juga hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:

+6010 247 2730 (SYAFIQAH)

+6010 247 2730 (SYAFIQAH)

+6010 247 2730 (SYAFIQAH)

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf