Search
  • akmalalamshah

7 benda basic bila travel dengan kawan



Bercuti ni sememangnya aktiviti yang paling menyeronokkan. Ada juga yang gemar pergi secara solo dan juga secara berkumpulan. Setiap percutian mesti ada keseronokkan. Untuk kali ni kami kongsikan trip travel secara berkumpulan. Maklumlah bila ramai ramai ni banyak asam ragam keluar bersama. Jadi kami kongsikan benda basic bila travel dengan kawan. Jum kita baca dan jangan lupa share.


1. Kongsi duit minyak.


Pertama sekali, bila kita pergi travel dengan kawan-kawan, pastikan collect duit sama sama sebelum gerak. Dah nama travel kita kena ada sifat bertolak ansur baru lah puas hati nak travel sesama. Bertolak ansur ni lah memberi kesan terhadap percutian kita. Bila kita bertolak ansur dengan orang, segala masalah dapat dielakkan dengan mudah. Setuju?


Bila pergi tempat semua mampu baru puas hati nak travel

2. Ajak tempat yang masing-masing mampu.


Orang cakap tak kenal maka tak cinta..Kalau nak cantik, buat iterinary sama sama supaya korang nampak perjalanan korang masa travel nanti. Barulah hati tu rasa seronok.


Masa ni semua tengah tengok gambar OOTD nak upload dalam Instagram

3. Jangan hadap fon je.


Bila dah travel ni kalau boleh kurangkan main fon tu. Bukan apa, bila travel ni la masa korang boleh spend time dengan member korang. Lepas travel masing-masing semua fokus pada kerjaya kan.


4. Tukar-tukar driver.


Haa ni lagi benda basic yang menggila buat korang. Maklumlah bila jalan jauh ni masing-masing semua penat sampaikan keluar 'krohh krohh' tu. Hahaha. Dah travel rugi kalau korang terlepas untuk tengok pemandangan kat luar tu. Lagi satu, teman la member yang drive dari mula sampai habis tu. At least ajak la borak supaya tak mengantuk kawan tu.


Team Rarecation kita pergi ke kenya. Seronok betul!

5. Ambil gambar biar ikhlas.


Bila travel je, mesti semua tak sabar nak upload gambar OOTD kat Instagram dan Facebook. Tapi bila dah amik gambar tu, amik lah gambar tu elok-elok baru kawan puas hati. Bila orang amik gambar awak cantik, bila awak amik jadi blurrr pula. Setuju?


Bila sebut pasal hutang, masing masing semua menguap macam gambar ni

6. Bayar balik kalau ada hutang.


Masa kawan susah, selalunya dia akan cari kawan yang paling rapat sekali. Kalau korang ada hutang kat kawan masa belajar dulu, cepat-cepat lah bayar balik. Nak cun, bayar balik masa pergi travel. Baru kawan rasa appreciate dengan korang.



7. Jangan muka masam je, kena enjoy.


Dah nama travel mesti hati tu rasa berkobar-kobar tambah pula kejap lagi nak turun mandi kat laut. Hahaha. Kita buat aktiviti nak seronok dan gembira, bukan stress. Jadi, kita kena lah pandai mencari travel partner yang memberi kesan manis dalam percutian.


Ada nak tambah? Sila komen dibawah


0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf