Search
  • akmalalamshah

6 SEBAB KENAPA PATUT TRAVEL KE BALKAN BERSAMA RARECATION




Melancong di negara-negara yang "rare" atau jarang orang  pergi seperti Croatia, Montenegro dan Bosnia & Herzegovina sudah semestinya menyeronokkan. Negara-negara ini adalah antara beberapa negara yang tergolong dalam negara Balkan, iaitu secara geografinya terletak di rantau tenggara Eropah.


Kami share kan 5 sebab kenapa patut travel ke balkan bersama RARECATION.

1. BUKAN KONSEP TOUCH N GO

Semua trip kami tidak mengamalkan konsep Touch n Go. Sebab itu kami memerlukan 13 hari untuk meneroka 4 negara Balkan iaitu Slovenia, Croatia, Bosnia Herzegovina & Hungary. 13 hari sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk kita explore negara-negara tersebut. Dan paling best, along the way nak ke destinasi, kita boleh berhenti mana-mana lokasi yang cantik untuk kita bergambar. Just roger Kapten kita, dan semuanya ditanggung beres 👍🏼

2. KURANG MASA ATAS JALAN

Kalau join travel agen lain diorang akan spend almost 24 jam atau lebih di atas jalan sebab diorang kejar masa nak habiskan semua negara seperti dalam itinerary. Mereka cover almost 8-9 negara dalam masa 10 hari. Tak penat ke? Dengar pun dah penat 😅😂 Kalau dengan kami, kita akan spend hanya 3-4 jam je atas jalan sebab trip Balkan kita ni leisure dan kita ada ample time to explore in each country.

3. SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR

Disebabkan trip kita ni leisure dan tak rushing sebab tidak ada apa yang nak dikejarkan. Trip ini memang sesuai untuk semua lapisan umur. Baik yang dari sekolah rendah hingga lah ke nenek yg berumur 73 tahun, semuanya enjoy dengan trip kita. Kapten kita akan ikut pace peserta-peserta kita, itu yang best travel dengan Rarecation!

4. KAPTEN DARI MALAYSIA

Yang fact nya, hanya orang Malaysia je tahu apa yang orang Malaysia nak bila travel. Jadi, kami sediakan kapten khas dari Malaysia yang expert mengenai routes di negara Balkan.

5. MENINGKATKAN TARAF EKONOMI RAKYAT MUSLIM BOSNIA

Di Bosnia, kita akan bersilaturrahim dengan rakyat Muslim disana.. Kita pun akan ambil kesempatan yang ada untuk bersolat jemaah di masjid mereka. Untuk pengetahuan, rakyat Muslim Bosnia disana masih lagi ditindas sehingga kini. Oleh itu, kami juga menggalakkan peserta kita beli souvenirs disini, demi membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka. Ha macam tulah.

6. GAMBAR HOLIDAY CANTIK & FREE

Ramai sedia maklum bahawa setiap Kapten kita juga adalah seorang professional photographer. Jadi, peserta boleh expect untuk dapat gambar gambar yang awesome sepanjang trip. Dan semestinya, beribu-ribu gambar tersebut boleh didapati secara PERCUMA 😬 Takde lah nanti upload gambar pergi holiday tapi selfie muka sendiri je penuh dalam tu. Hihi


Kali ni trip ke Balkan kita bertolak pada 27/3 sehingga 8/4 2019.

TINGGAL 3 KEKOSONGAN SAHAJA LAGI!

Untuk makluman lanjut klik di sini https://www.rarecation.com/pakejbalkan

34 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf