Search
  • akmalalamshah

6 KESILAPAN KEWANGAN KETIKA TRAVEL

Updated: Feb 8, 2019


Kewangan adalah perkara yang sangat penting ketika travel sebab dalam banyak banyak kesilapan, kesilapan bab duit antara yang paling menyakitkan. Baca penerangan pada setiap foto agar kita tak buat kesilapan ini ketika travel. Jangan lupa untuk share yer.

_______________________________________________________________


TIADA DUIT SPARE


Bukan jarang tapi SELALU sangat jadi kesilapan ini sebab masing-masing pikir untuk sampai ke destinasi sedangkan duit yang dibawa tak cukup. Haa bawak duit pun cukup-cukup je. Sebab masa travel ni macam macam boleh jadi, demam, kemalangan, terlepas train/flight dan paling penting terlebih shopping... semua macam macam ni biasanya akan melibatkan duit. Jadi pastikan stand by good amount of money di luar budget travel kita utk sebarang kecemasan. Kalau perempuan biasanya kecemasan sebab tershopping lebih lah kan BETUL TAK. Hahaha.


BAWAK DUIT MALAYSIA


Dah tahu travel kat luar tu, tapi still bawa duit dalam MATAWANG MALAYSIA !!!! Maaflah tapi duit malaysia ni tak berapa laku di luar negara. Dan money changer di luar negara tak macam Malaysia, lagi2 kalau di Europe, dah lah rate ambil rendah siap ada extra caj yang langsung tak berbaloi. Boleh hangus RM200-300 ringgit mcm tu jer bila kita tukar duit malaysia di luar negara. Lebih bagus kalau tukar duit siap-siap kat sini. Haa betul betul betul.

Kalau nak bawa cash, bawa dlm local currency atau bawa dalam usd / euro


BAWAK BANYAK CASH


Ini LAGI satu kesilapan yang gila, apa segala bentuk shopping untuk travel semua bawak dalam bentuk CASH!!!


Nehi nehi, jangan jangan bukan janam janam okay! Kalau hilang/kene curi habis semuanya. Lagipun kalau travel ke negara2 maju seperti eropah / us / japan. Kredit kad tersangatlah mudah dan lebih selamat. Dah pernah ada beberapa peristiwa peserta kami hilang cash bernilai puluhan ribu ketika travel.

Kalau perlu cash ketika travel macam mana ? Ok baca tips seterusnya

TAK AKTIFKAN ATM PLUS


Jika keluarkan cash ketika travel, mudahnya withdraw sahaja dari mana2 ATM di seluruh dunia. Dan semestinya akan dikenakan caj RM12. Much better dari kene bawa cash banyak2 dan dari tukar duit malaysia di luar negara.

Yang penting DAH AKTIFKAN FUNGSI ATM PLUS. atau bahasa mudahnya, fungsi pengeluaran duit di luar negara. Noted that!

Macam mana nak aktifkan ? Guna atm di malaysia boleh Boleh tgk tutorial nya di sini : https://youtu.be/zogspoZomic

IKLAN

Percutian terbaik ke Switzerland, Tekan pada foto ini untuk makluman lanjut :



TAK NAIKKAN KREDIT LIMIT


Kita selalu amik benda tu MUDAH. Bila kita travel ke negara yg nilai matawangnya lagi tinggi dari Malaysia macam eropah / london / us dll. Kredit limit kita di malaysia RM5,000 mcm banyak tp kalau contoh di eropah cuma 1,000 euro sahaja. 1000 euro tu sikit jer, byr hotel makan itu ini sekejap jer dah penuh.

Kalau bayaran kredit kad cantik, mmg bank akan benarkan kenaikkan kredit limit sementara.

Call bank beritahu nak travel sekian-sekian tarikh. Kemudian maklumkan berapa tinggi nak naikkan kredit limit tu, dari 5,000 ke 10,000 ker dan sebagainya. Jangan malu untuk bertanya yer..


TAK TRAVEL INSURAN


Ini perkara PALING PENTING dalam kehidupan seorang travel. Pertamanya travel insuran bukannya mahal sangat, budget travel ribu riban tapi nak keluarkan duit tak sampai RM150 utk travel insuran tak mahu, kadang2 tak sampai 100 pun kos travel insuran.

Jika berlaku kemalangan/kecurian/bencana/kematian dan sebagainya kita ada keupayaan kewangan yang cukup. Ada sesetengah kes yg tersangkut di hospital luar negara tak boleh balik malaysia sebab tak bayar lagi bil hospital. Haa habis lah. Hahaha. Dari pengalaman kami, travel insuran ini satu KEWAJIPAN. Dalam pakej travel rarecation semua dah included travel insurance supaya kita boleh travel dengan lebih tenang.


Harapnya lepasni jangan berlaku kesilapan camni okay. Bukan apa duit semua tu woi!

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf