Search
  • akmalalamshah

6 Fakta Menarik Tentang Canada Yang Perlu Anda Tahu


Kanada sememangnya sebuah negara yang indah untuk travelling. Banyak destinasi pelancongan boleh dikunjungi di sini, dengan pelbagai kelebihan dan unik yang berbeza dari apa yang anda dapati di negara lain. 5 fakta menarik ini mengenai Kanada cukup penting untuk anda ketahui sebelum perjalanan ke sana. Jum kita scroll satu per satu..


Suhu terendah yang pernah dicatatkan adalah sesejuk planet Marikh!


Salah satu fakta yang paling common dan semua orang tahu tentang Canada adalah suhu di sana boleh menjadi sangat sejuk pada musim sejuk. Pada tahun 1947, Snag, Yukon pernah mencatatkan bacaan suhu hampir 5 kali lebih rendah, membuatkan cuaca dan suhu musim sejuk di tempat lain di seluruh negara serendah -63 ºC telah dicatatkan. Dah sama dah dengan suhu di permukaan planet Marikh!

Canada mempunyai lebih banyak tasik daripada yang anda fikirkan.


Tahukah anda bahawa Canada mempunyai lebih banyak kawasan tasik daripada mana-mana negara lain yang lain. Negara yang juga dikenali sebagai ‘The Great White North’ ini mempunyai 563 buah tasik yang luasnya lebih daripada 100 km persegi. The Great Lakes sahaja pun dah mengandungi lebih kurang 18% daripada air tasik segar di dunia.

Canada lebih besar daripada Kesatuan Eropah.


Kalau anda tak ada idea tentang saiz sebenar Canada , ini ada beberapa fakta ringkas yang boleh anda gambarkan: negara ini lebih besar daripada Kesatuan Eropah (33 kali lebih besar daripada Itali dan 15 kali lebih daripada Perancis), lebih daripada 30% lebih besar daripada Australia, 5 kali lebih besar daripada Mexico, 3 kali lebih besar daripada India dan juga seluas kira-kira 81,975 buah Walt Disney Worlds yang disatukan. In fact, Canada adalah negara kedua terbesar selepas Rusia!



Alert, Nunavut adalah komuniti atau perkampungan yang paling utara di dunia.


Di hujung utara Pulau Ellesmere, iaitu hanya 817 km dari Kutub Utara, anda akan jumpa tempat tinggal yang paling utara di dunia, iaitu Alert, Nuvanut. Tempat ini mungkin tidak mempunyai shopping mall ataupun panggung wayang, tetapi Alert adalah tempat tinggal sementara untuk anggota tentera dan kakitangan atau pegawai saintifik yang bekerja di kawasan itu.

Satu-satunya bandar bertembok (walled city) di Amerika Utara terletak di Canada.


Quebec adalah salah satu kota yang tertua di Amerika Utara, dan kubu (tembok) yang mengelilingi Quebec Lama merupakan satu-satunya tembok kota yang masih lagi wujud di sebelah utara Mexico di benua Amerika Utara. Pada mulanya ia dibina oleh orang Perancis, dan kemudian disambung oleh orang Inggeris sekitar abad ke-17 hingga abad ke-19. Daerah bersejarah Quebec, termasuklah bentengnya, telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985.



Taman negara di Canada adalah lebih besar daripada kebanyakan negara.


Canada sangat besar sehinggakan taman negaranya sahaja lebih besar daripada negara lain. Tengok je lah Taman Negara Nahanni di Wilayah Barat Laut (Northwest Territories). Bukan sahaja pemandangannya sahaja yang menarik perhatian, ia juga merupakan sebuah tanah yang seluas 30,050 km persegi – lebih besar daripada Albania. Taman Negara Wood Buffalo di Alberta dan Wilayah Barat Laut adalah lebih besar dengan keluasan 44,807 km persegi, menjadikannya lebih besar daripada Denmark dan Switzerland!



Sumber : TMPL Backpackers



0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf