Search
  • akmalalamshah

6 DOKUMEN WAJIB SIMPAN MASA TRAVEL


Kepada mereka yang gemar melancong, kami kongsikan nasihat dari pakar Rarecation mengenai 6 dokumen yang perlu ada bersama anda serta tips agar anda tahu apa tindakan yang perlu dibuat sekiranya berlaku kehilangan dokumen penting ini. 

Selamat membaca dan semoga memperoleh manfaat.



Bila passport kita hilang, salinan passport ini sangat penting untuk menunjukkan identiti kita.


Juga pastikan, jika ada buat pembedahan plastik, muka dalam passport tu biar muka yang terbaru ya.


Bagi maklumat penginapan, ini juga sebagai bukti kita tidak datang ke negara orang untuk merempat. Juga sebagai rujukan penting bila kita tiba dan jika sesuatu terjadi pada kita, mudah untuk orang jejak kembali pergerakan kita.


Info ini sangat penting kerana ia dapat membantu orang lain untuk menghubungi waris kita jika berlaku perkara yang tidak diingini kepada kita. Kalau boleh bagi la sebanyak mana no waris korang. Haa tu paling uatama sekali.


Pastikan tiket penerbangan kita ada, ini untuk menunjukkan kita mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk kembali ke negara asal. Jika tiada tiket penerbangan pulang, panjang cerita dan banyak susahnya nanti bila nak mohon passport baru.



Kad pengenalan sangat penting, iya lah kalau pergi memana mesti kita wajib membawanya. Kalau berlaku kes curi dompet kita, salinan kad pengenalan ini penyelamatnya. Dan juga sebagai backup untuk passport kita.


Jangan buang boarding pass, kerana boarding pas ini satu bukti kita tiba di negara yang kita lawati secara HALAL, bukan kene seludup.

Pernah terjadi juga, pegawai imigresen lupa nak cop passport ketibaan, bila pulang imigresen tak bagi keluar dari negara tersebut sebabnya tiada bukti datang ke negara tersebut secara SAH. Jadi boarding pass sebagai bukti juga kita masuk sesuatu negara dengan SAH.


Semoga maklumat yang dikongsi bermanfaat pada anda dan selamat mengembara.

33 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf