Search
  • farouqfakhri94

6 DOKUMEN WAJIB SIMPAN MASA TRAVEL.

Updated: May 22, 2018


Ketika travel dan sesuatu berlaku pada passport kita atau pada diri kita sendiri, 6 Dokumen ini adalah penyelamat kita.

Setiap dokumen ini SEBAIKNYA ANDA SIMPAN HARDCOPY & SOFTCOPY DI DALAM EMAIL ANDA, sekali lagi di ulang, SOFTCOPY EMAIL KAN KEPADA WARIS ANDA, jadi kita ada salinan dn waris kita pun ada salinan.

Jadi bila kita simpan di dalam email, di mana-mana sahaja ada akses internet kita boleh dapatkan semula dokumen ini. Lihat pada setiap foto untuk tahu apa fungsinya setiap dokumen.


1. SALINAN PASSPORT


Bila passport kita hilang, salinan passport ini sangat penting untuk menunjukkan identiti kita. Juga pastikan, jika ada buat pembedahan plastik, muka dalam passport tu biar muka yang terbaru ya.



2. MAKLUMAT PENGINAPAN


Ini juga sebagai bukti kita tidak datang ke negara orang untuk merempat. Juga sebagai rujukan penting bila kita tiba dan jika sesuatu terjadi pada kita, mudah untuk orang jejak kembali pergerakan kita.



3. NO TELEFON SENDIRI / WARIS


Info ini sangat penting letak kerana membantu orang lain untuk menghubungi waris kita jika berlaku apa-apa.



4. TIKET PENERBANGAN


Pastikan tiket penerbangan kita ada, ini untuk menunjukkan kita mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk kembali ke negara asal. Jika tiada tiket penerbangan pulang, panjang cerita dan banyak susahnya nanti bila nak mohon passport baru.



5. KAD PENGENALAN


Kad pengenalan sangat penting, iyalah kalau kene curi dompet kita, salinan kad pengenalan ini penyelamatnya. Dan juga sebagai backup untuk pasport kita.



6. BOARDING PASS


Jangan buang boarding pass, kerana boarding pas ini satu bukti kita tiba di negara yang kita lawati secara HALAL, bukan kene seludup.

Pernah terjadi juga, pegawai imigresen lupa nak cop passport ketibaan, bila pulang imigresen tak bagi keluar dari negara tersebut sebabnya tiada bukti datang ke negara tersebut secara SAH. Jadi boarding pass sebagai bukti juga kita masuk sesuatu negara dengan SAH

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf