Search
  • akmalalamshah

6 CARA BUAT DUIT DENGAN TRAVEL

Updated: Feb 22, 2019


6 cara buat duit bagi anda yang suka travel ini telah dikongsikan oleh Rarecation di website

https://www.rarecation.com/ . Jangan lupa untuk share post ini. Semoga memberi manfaat kepada kita dan memberi idea kepada kita yang suka travel.




1. AJAK KAWAN


Dari ajak kawan kosong, lebih baik anda cuba tanyakan mana-mana syarikat pelancongan yang menawarkan komisen bila kita ajak kawan-kawan masuk pakej dia. Memang ada banyak syarikat yang tawarkan insentif seperti ini, cuba tanya. Sangat sesuai untuk yang kaki hasut.


Ada kenal sesiapa yang kaki hasut, boleh tag dia. www.rarecation.com

2. BUAT TRAVELOG Tahu tak antara perkara paling berharga setiap kali kita travel adalah PENGALAMAN. Dan ramai yang sanggup bayar untuk mendengar pengalaman kita travel. Jadi cara paling mudah adalah dengan membuat buku Travelog, boleh pilih sama ada untuk

a. Menulis dengan syarikat penerbitan, majalah travel atau pun website travel

b. Print buku dan jual sendiri di group2 travel yang aktif


Ramai yang rajin nak membeli. Walaupun banyak info travel boleh dapat secara online, tapi kebanyakkan berbahasa inggeris dan bersepah di pelbagai website. Dengan buku travelog ini, info dan pengalaman travel kita lebih tersusun, berbahasa melayu dan tak perlu data plan untuk membaca.

3. JUAL ITINERARY Selain dari Pengalaman travel dalam bentuk travelog, perkara yang paling di minati dan ramai yang sangup beli adalah itinerary atau nama lainya panduan lengkap travel di sesuatu destinasi. Itinerary ini kita kena buat dengan penuh detail dan lebih teknikal, tak boleh satu benda pun terlepas. Dia tidak setebal travelog lebih ringkas tetapi padat. Sebab itinerary ini dikira sebagai salah satu yang paling perkara paling penting dalam sesebuah trip dan ramai yang sanggup beli. Semua kos aktiviti, kos flight, dan details perjalanan dibuat sepanjang perjalanan akan di letak didalam itinerary. Jadi ketika travel itinerary ni kitab wajib di bawa dan baca ketika travel. Memang ada ramai juga yang share secara percuma, cuma bila share percuma ada kalanya tak lengkap.


Jika kita buat berbayar dengan nilai yang sepatutnya, maka bila buat itinerary untuk di jual tu kita ada tanggungjawab untuk menyediakan info yang lengkap dan lebih tepat. Secara tak langsung memudahkan orang lain untuk travel juga.

4. JADI TOUR LEADER Antara cara mudah untuk travel percuma, TETAPI !! bukan semua orang boleh jadi tour leader, tapi susah nak cari tour leader yang mudah disukai semua orang. Mana taknya kalau dalam satu trip nak kena menjaga lebih 20 orang pelanggan yang macam-macam perangainya. Sebab itu sebagai tour leader ini anda kena ada pakej lengkap, barulah syarikat travel suka nak ambil anda selalu. Sikap peramah, bertolak ansur, hormat, tidak pilih kasih adalah sangat perlu bagi seorang tour leader. Kalau tour leader perangai teruk, akan jadi tak best sesebuah trip sebab pelanggan akan ingat. Tour leader juga kena pandai dalam berkomunikasi dengan ahli-ahli dalam syarikat supaya tiada perselisihan faham antara kedua-duanya, barulah trip berjalan dengan lancar. Kalau anda jenis yang senang masuk dengan semua orang dan pandai photography, boleh juga nak apply jadi kapten Rarecation.


5. BUAT REVIEW Kalau lihat budak-budak zaman sekarang pun dah pandai tau buat review produk, semuanya mempunyai objektif yang sama iaitu menarik pelanggan. Untuk objektif travel pula, anda boleh buat review yang berkait dengan pelancongan seperti review hotel, syarikat penerbangan, restaurant dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Macam mana cara ini boleh buat duit? Okay review ini ada dua jenis, review berbayar dan review tak berbayar. Apa tu? Baca betul-betul kita nak explain, review berbayar ini sesuai sangat untuk orang yang memang dah famous, ala macam instafamous atau artis, sebab review ini selalunya orang yang cari kita dan suruh kita review then mereka bayar, senang sahaja dapat duit. Manakala review tak berbayar ini pula bukan bermakna anda tak dapat duit, tapi anda dapat duit kemudian. Caranya dengan anda review dahulu apa-apa produk di mana-mana sosial media seperti youtube, instagram dan facebook, kemudian jika posting anda viral, anda akan dapat duit. Jadi sambil-sambil travel tu bolehlah lepas ni start buat review , mana tahu dalam banyak-banyak posting akan ada satu yang viral. Lagipun mesti ramai yang akan lihat video anda terutama syarikat travel, lagi-lagi jika tempat yang anda review itu memang destinasi pakej mereka.

6. JUAL GAMBAR Tips ini sangat sesuai bagi SEMUA ORANG bukan untuk photographer sahaja. Lagi lagi bila zaman sekarang ni gambar dari phone pun dah high resolution dan mudah dibawa kemana-mana. Kat mana nak jual tu, ini antara website untuk anda jualkan foto anda : www.shutterstock.com https://www.eyeem.com/creators https://www.istockphoto.com/my Tahu tak, GAMBAR TRAVEL ANTARA GAMBAR PALING LAKU DI JUAL !!! buat apa travel, tangkap gambar tapi tidak manfaatkan?, buang masa sahaja pergi . Sambil-sambil sedang travel itu mesti anda dah snap banyak gambar, dan dalam banyak-banyak mesti ada yang unik dan boleh dijual dengan MUDAH Kalau nak belajar lagi boleh masuk kelas fotowang dari saifulnangacademy



IKLAN

Trip merentas 8 negara, Europe Golden Circle antara trip yang paling bagus bagi yang nak mencari gambar untuk dijual. Melawat banyak destinasi wajib pergi di Eropah selama 2 minggu, Jika berminat tekan pada Link atau foto dibawah ini :


EUROPE GOLDEN CIRCLE



2,113 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf