Search
  • akmalalamshah

6 Barangan Wajib Perlu Ada Semasa Travel



Bercuti ke negara orang ni sememangnya sesuatu perkara yang best. Walaupun kadang kala semasa travel ada beberapa perkara yang tak boleh kita lupakan, itu tak bermaksud semua orang kesana mengalami pengalaman tersebut.


Perkara paling penting sekali yang selalu ditakuti atau dirisaukan oleh seorang traveller adalah KESELAMATAN. Baik dari segi keselamatan diri, mahupun keselamatan barangan peribadi macam handphone, wallet dan lain-lain.


Ini nak kongsi barangan apa yang korang kena ada kalau ada plan nak travel ke luar negara. Boleh kita ambil ini sebagai rujukan.


1. Travel Adapter


Travel adapter ni, ada macam-macam nama lain. Ada yang panggil universal adapter, tapi selalunya dia membolehkan korang menggunakan peralatan elektrik di tempat yang soket kuasa dia lain dari Malaysia. Indonesia misalnya.



2. Multi-USB Charger


Ini pun nama dia ada pelbagai. Tapi untuk kefahaman yang mudah, dia boleh digunakan untuk mengecas 3 ke 4 peralatan yang menggunakan USB sekali gus. Walaupun agak lambat nanti, tapi setidaknya peralatan korang akan bercas.



3. Powerbank


Powerbank penting abang kakak makcik pakcik. Hehe. Ya! Bukan sebab tak boleh nak reply whatsapp ke apa, sebab biasanya bila dekat negara orang, kita banyak bergantung kepada telefon untuk rujuk google map, gunakan waze dan lain-lain.


Jadi, pastikan powerbank bawak lebih. Lebih elok kalau berhenti mana mana untuk cas powerbank itu. Sambil-sambil korang ber shopping tu, korang cas lah powerbank tu. Bawak sampai 10 powerbank pun tak guna kalau lupa cas. Hehe




4. Sanitizer


Sanitizer ni kalau ada bagus, kalau takda pun takpe. Tapi, eloklah distandby dalam beg. Kot-kot lah korang memerlukan. Tapi biasanya, negara luar ada yang sediakan sanitizer dekat kawasan-kawasan tarikan ni.


Selain sanitizer tangan tu, cuba cari sanitizer air. Alat untuk meng-filter air dalam bahasa mudahnya. Anda juga boleh dapati di Lazada dan juga Shopee.


5. VPN


Salah satu perkara yang korang boleh pertimbangkan adalah belajar macam mana nak gunakan VPN untuk meningkatkan keselamatan maklumat peribadi yang ada dalam gadjet korang. Biasanya VPN ni ada untuk handphone dan laptop lah.


Ini penting supaya, kalau kita gunakan WIFI umum dekat luar sana, takda orang boleh hack dan dapatkan segala info tentang kita. Lagi-lagi kalau melibatkan transakti kredit kad dan bank.



6. Backpack Anti-Theft


Ironinya, banyak pengeluar backpack ada menyediakan beberapa poket ‘rahsia’ pada beg. Itu dah betul dah. Tetapi penjahat sekarang licik, ditorehnya pulak beg. Banyak kes berlaku di tempat-tempat tumpuan yang sesak dengan orang.


Dia buat kerja pun senang sebab orang tak perasan. Selain itu, cuba cari wallet beg yang boleh menghalang RFID. Sebabnya, kadangkala penjahat ni dia datang bawak scanner je, settle masalah dia. Maklumat dapat, kena scam pulak lepas tu.


0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf