Search
  • akmalalamshah

5 Tips Persiapan Mental Sebelum Ke France



Ramai yang mengidam nak pergi ke France terutama couple dan keluarga untuk menikmati feeling macam orang baru bercinta. Namun tak ramai yang tahu apa yang perlu dipersiapkan sebelum berangkat kesana. Elok juga kita buat sedikit persiapan supaya tak culture shock kat sana nanti.



1. SABAR MENANTI


Orang Perancis tidak suka tergesa gesa. Mereka suka menghargai sesuatu perkara. Yang paling obvious bila waktu makan. Kena menunggu juga bila nak order secawan kopi. Selain itu mereka juga suka appreciate moment dan juga seni seperti karya agung Leonardo Da Vincci, Mona Lisa. Jika kita dah terbiasa semuanya cepat, kena ambil satu langkah kebelakang untuk relaks dan sabar menanti. Tak semua perkara kita kena cepat.

2. ELAKKAN BERCAKAP ISU SENSITIF


Bila travel ni kita nak belajar perkara yang baru tentang budaya dan cara hidup. Jadi tak perlulah kita nak all the time cerita tentang isu sensitif seperti politik, agama dan tentera. Nanti mereka ingat kita ni nak lawan mereka pula.

3. KUATKAN STAMINA


Di Europe memang menjadi satu budaya berjalan kaki dan kurangkan naik kenderaan bila kita travel dalam kawasan yang berhampiran. Jadi pada yang tak biasa berjalan jauh tu siapkanlah diri anda. Excercise seminggu atau dua minggu sebelum nak travel.

4. MINUM AIR TANPA AIS


Isu ni selalu dibangkitkan dikalangan pengembara yang membezakan antara France dan US tapi ia hanyalah isu kecil. Ada juga yang kaitkan soal keuntungan bila hidangkan air tapi letak ais banyak banyak sampai penuh gelas dengan ais. Ada baiknya juga bila kita kurangkan minum ais ni untuk elakkan stamina makin berkurang.

5. EXPLORE CERUK KAMPUNG


Bila kita dah selalu travel kat kawasan bandar, take a break, pergi pula ke kawasan ceruk ceruk kampung. Mingle dengan orang kampung share story sikit dengan mereka. Itulah yang Rarecation buat dalam setiap trip kita. Banyak perkara perkara best yang Rarecation jumpa sebelum ni seperti air terjun belakang rumah Auntie Mona, fruit picking dekat Kebun Pakcik Jucker dan banyak lagi.

13 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf