Search
  • Qistina Khairudin

5 Tips Mudah Packing Baju Untuk Anda Travel


Anda mesti pernah mengalami MASALAH TAK CUKUP RUANG dalam luggage kan?, tak tahu macam mana nak JIMATKAN RUANG?, kali ini kami nak kongsikan tips-tips untuk packing baju kedalam luggage supaya anda ada banyak RUANG dan bag anda kemas dan tersusun.



1. Organizer beg


Organizer bag mudah digunakan dan jimat ruang

Organizer bag ini senang dicari di kedai-kedai, kebiasaannya bag ini lengkap satu set, ada bag yang besar sesuai untuk susun baju t-shirt dan seluar dan ada yang kecil sesuai untuk susun pakaian dalam atau juga barang-barang keperluan seperti sabun, ubat gigi, berus gigi dan sebagainya. Bag seperti ini dapat menjimatkan ruang dan kerja anda untuk susun atur didalam luggage.


2. Pilihan pakaian harian


Bila kita travel mesti kita cari baju-baju yang sesuai dengan cuaca kat tempat kita travel kan, jadi untuk tips ini adalah macam mana nak pilih pakaian yang sesuai. Sebelum kita sampai di destinasi travel, anda kena tahu keadaan cuaca kat sana. katakan kalau di Jepun sekarang tengah musim bunga, so automatik anda dah letak mindset kena pakai baju yang warna cerah dan lawa dan anda fikir warna yang vibrant supaya bila ambil gambar, gambarnya lawa baru lah dapat banyak like!. Secara tak langsung dengan cara ni dapatlah anda jimat ruang didalam luggage dan muat untuk diletak dalam organizer bag tadi.


3. Aktiviti semasa travel mempengaruhi pakaian anda juga


Setiap jenis aktiviti semestinya ada pakaian yang sesuai, betul tak?. Jadi kalau anda pergi travel, anda ada buat aktiviti yang lasak seperti hiking atau aktiviti air, pakaian mesti lah pakaian yang bersesuaian seperti baju hiking dan baju renang. Dengan cara ni juga dapat saving sikit space dalam luggage, tak perlu bawa baju berlebihan sebab nanti akan mengakibatkan luggage yang anda bawa tu penuh dan berat untuk bawa ke satu tempat ke tempat yang lain.


4. Cara lipatan baju yang sesuai lagi-lagi untuk long term travel


Cara sesuai lipatan baju untuk travel adalah dengan menggunakan kaedah "menggulung". Nak tahu tak sebab apa kaedah ini paling sesuai?, sebab kaedah ni dapat menjimatkan ruang dalam luggage dan organizer bag tadi. Jadi dengan kaedah ini anda akan dapat banyak lagi ruang untuk isi keperluan atau barang yang lain.


5. Kenali tempat penginapan anda



Mesti korang pelik kenapa kena kenali tempat menginap? Korang mesti tak perasan kan, salah satu faktor kenapa lugage tak cukup ruang adalah disebabkan tuala. Tuala banyak makan ruang dan lagi-lagi kalau pergi travel dengan family, tuala kena sorang satu secara langsung anda dah pakai satu side luggage tu untuk tuala sahaja. Jadi untuk memberikan ruang kat dalam luggage tu kita kenalah tahu tempat penginapan tu ada disediakan tuala atau tak. Contoh macam hotel dan Airbnb kebiasaannya sudah sediakan tuala dan korang dah boleh jimat ruang dalam luggage korang.



Satu lagi perkara mengenai tempat menginap ni adalah harus kenal pasti sama ada tempat anda meginap itu ada disediakan laundry service atau tidak. Kerana dengan bantuan laundry service ni anda dapat kurang kan lagi kuantiti anda bawa terutama kepada traveller yang long term travel seperti 10 hari atau lebih. Tak perlu bawa pakaian anda sampai 10 hari, hanya bawa baju untuk 5 hari pon sudah memadai, sbb adanya laundry service anda boleh basuh baju dan pakai semula baju tu maka anda dah jimat ruang disitu.


Itulah dia 5 tips untuk packing baju-baju anda untuk anda pergi travel lantas ruang dalam luggage pon tak terlalu pack disebabkan baju tak tersusun dengan betul.


Baiklah itu sahaja jangan lupa share ya, kongsi ilmu yang bermanfaat supaya dapat kebaikan bersama dan jangan lupa untuk follow page kami untuk info trip menarik di seluruh dunia.



12 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf