Search
  • akmalalamshah

5 tips menarik newbies mula travel


Anda teringin bercuti ke luar negara? Kalau hendak melancong, pasti banyak barang yang perlu disiapkan. Jadi, biasanya apa perkara yang perlu dibawa semasa melancong ya?


Bagi yang baru untuk travel, terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan oleh newbies yang nak berjinak-jinak menjadikan melancong sebagai hobi ataupun aktiviti masa lapang.


Lokasi yang mudah

Bagi mereka yang baru nak travel sudah pastinya mulakan satu perjalanan baharu, kita perlu memilik lokasi yang mudah untuk dituju. Tidak kira ianya mudah dari segi pengangkutan, penginapan ataupun soal makanan. Mulakan langkah dengan lokasi yang anda selesa atau tahu banyak info tentangnya.

Seperti contoh, anda melancong ke Balkan dan itu merupakan trip pertama anda ke sana. Pastikan anda sudah membuat kajian yang terperinci tentang kawasan di sana terlebih dahulu.

Data internet

Bagi penggemar fotografi yang tak boleh berpisah dengan media sosial, anda pasti tahu betapa pentingnya akses internet ketika melancong ke luar negara! Sekali sekala melancong, pasti anda mahu kongsikan gambar di semua media sosial yang anda miliki. Pastikan anda sudah membuat beberapa survey tentang pelan internet yang murah di destinasi percutian tersebut.


Beg yang sesuai

Beg juga mainkan peranan yang penting bagi setiap traveller. Kebanyakan pelancong yang berpengalaman, mereka hanya akan membawa beg galas sahaja dan bukannya beg roda kerana ianya boleh dikatakan agak leceh.


Jika anda cuma membawa beg galas belakang, tak perlu risau jika perlu mendaki untuk sampai ke tempat penginapan. Lagi satu, kalau anda bawa beg roda, nanti bila dah sampai waktu untuk pulang ke tanah air, beratnya pasti akan bertambah daripada sebelum anda datang ketika mahu bercuti.


Bawa pakaian patut sahaja

Kebiasaanya pelacong yang membawa pakaian mempunyai masalah ketika mengemas pakaian ketika bercuti. Oleh sebab mereka tak pasti membawa pakaian apa yang perlu dipakai ketika travel. Nak senang, bawa saja pakaian sebanyak sepuluh pasang.


Jangan risau, anda boleh mencuci pakaian ketika bercuti dengan menggunakan perkhidmatan dobi di hotel. Tapi kalau rajin, apa salahnya basuh guna tangan.



Aplikasi pilihan memudahkan perjalanan

Google Translate bagaikan satu kemudahan magis yang perlu anda gunakan jika berada di luar negara. Lagi-lagi jika anda ke negara yang kebanyakan penduduknya tidak tahu berbahasa Melayu atau Inggeris, pastinya ia menjadi aplikasi pilihan anda semasa bercuti.


Selain itu, Google Map juga penting bagi anda yang bercuti sendirian atau digelar sebagai travel solo kerana mahukan cabaran.


Google Map boleh bantu anda kemana-mana sahaja yang anda mahu pergi tanpa risau kerana ia juga turut mempunyai pilihan pengangkutan yang anda mahu.


Jadi anda sudah bersedia untuk menghabiskan hari minggu anda di mana-mana lokasi percutian?



59 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf