Search
  • akmalalamshah

5 TIPS MAKANAN HALAL KETIKA TRAVEL


Melancong merupakan suatu pengembaraan yang paling gembira bagi setiap orang kerana boleh menambah pengalaman apabila berada di negara orang. Bagi orang islam, melancong di luar negara ada masanya sukar untuk mencari makanan yang halal, apatah lagi bila berjumpa masyarakat yang tidak beragama islam. Jadi, Rarecation akan share kepada anda

5 tips makanan halal ketika travel.




1. DOWNLOAD APPS Sekarang terdapat banyak apps yang membantu untuk mencari kedai makan halal. Kami cadangkan apss Zabiha & Muslim Pro. Kedua-dua apps ini ada menunjukkan kedai makan yang halal. Dan jika kita jumpa kedai makan halal yang tiada di dalam aps ini, kita boleh update.



2. CARI MASJID Biasanya di sekitar Masjid kita boleh berjumpa dengan banyak restoran halal. Kalau tak jumpa kedai halal, boleh bertanya dengan orang masjid. Pastikan datang waktu solat, di sesetengah tempat masjid ditutup jika bukan waktu solat.

Selain dari makanan halal, ketika di masjid kita boleh berjumpa dengan local muslim community untuk bersilaturahim. Dalam setiap trip Rarecation kita cuba untuk berjumpa dengan komuniti islam.



3. CARI KEDAI INDIAN FOOD Indian food, kebanyakkannya menyediakan makanal halal, sama ada makanan vegetarian atau pun daging halal. Dan ada banyak juga pengusaha indian food di eropah adalah orang muslim.




4. MAKAN SEAFOOD / VEGETARIAN Pilihan lain, ambil sahaja menu yang berasaskan seafood & vegetarian. Seperti spageti oglio olio, mushroom sup dan sebagainya.


5. KOSHER Selain dari tanda halal, kita juga boleh makan makanan yang mempunyai tanda Kosher. Kosher secara mudah adalah makanan yang disediakan melalui standard yang telah ditetapkan oleh orang yahudi. Seperti tanda halal, makanan yang disediakan mengikut standard islam. Dan jangan terkejut kita boleh makan, lihat penerangannya di sini :


https://www.youtube.com/watch?v=Sc940T4TARc




0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf